Header Ads

“Orang Melayu Ramai Masih Tak Sedar, Mereka Masih Enggan Bekerja” - Tun M



Melihatkan keadaan sekarang, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir meluahkan kekecewaannya terhadap sikap orang Melayu yang masih menganggap diri mereka ‘Tuan’ di negara ini hakikatnya mereka sendiri yang tidak mahu mengubah nasib mereka sendiri.

Menerusi catatan terbaru di blog peribadi beliau, chedet.cc, Tun M berkata orang Melayu sepatutnya belajar daripada sejarah terdahulu.

Tujuh juta pekerja asing di Malaysia

Kata beliau lagi, orang Melayu masih enggan bekerja dan membiarkan peluang itu direbut oleh kaum lain termasuk tujuh juta orang asing yang masih berada di Malaysia.

“Sepatutnya orang Melayu sedar terhadap apa yang berlaku kepada mereka. Malangnya mereka tidak sedar.



“Sehingga sekarang pun orang Melayu masih tidak sedar. Mereka masih enggan bekerja. Orang Melayu masih rela serah segala kerja kepada orang asing. Dan orang asing pun membanjiri Negara kita.

“Tujuh juta orang asing masih berada di sini sekarang ini. Mereka bekerja. Apakah akan terjadi kepada orang Melayu.

“Tentulah apa yang sudah jadi dahulu kepada negara dan orang Melayu, yang akan terus jadi,” tulisnya lagi.

Orang Cina tak kisah buat kerja berat, kasar

Katanya lagi, orang Melayu lebih selesa bekerja sebagai pesawah padi dan nelayan serta ada segelintir yang bekerja di dalam sektor kerajaan. Berbeza dengan orang Cina dan India mula berkecimpung dalam bidang yang dikatakan kotor dan kasar.

Orang Cina juga mula menumpukan usaha meningkatkan ekonomi mereka dengan membuka perniagaan di bandar sedia ada. Malah, mereka akan berhijrah ke negara lain jika mereka nampak peluang mencari makan.

“Yang tidak terdapat ialah orang Melayu yang berniaga atau bekerja sebagai buruh kasar. Orang Melayu pandang hina bidang-bidang ini.

“Oleh kerana sikap ini tidak terdapat ramai orang Melayu yang tinggal di bandar-bandar. Pada masa itu pun bandar-bandar didiri dan dipenuhi dengan kedai Cina.

“Tidak ada kedai Melayu. Ada beberapa buah kedai makan dan rempah cabai orang India. Mereka sanggup bekerja keras. Dikenali sebagai kuli mereka sanggup buat kerja kotor, kerja berat dan berbaaa haya.



“Mereka sanggup menarik ‘lanca’, dan apa sahaja yang memberi pendapatan kepada mereka. Ramai perempuan Cina yang menjadi ‘amah’ di rumah pembesar Melayu, menjaga anak dan membersih rumah,” katanya lagi.

‘Tuan’ apa kalau bergantung belas kasihan orang lain?
Dalam pada itu, Tun M beranggapan adalah tidak tepat untuk orang Melayu merasakan diri mereka masih ‘Tuan’ di negara ini jika bergantung harap dan belas kasihan orang lain.

“Ada yang dakwa orang Melayu adalah Tuan. Tuan apa? Orang miskin, orang yang tidak ada kebolehan, orang yang bergantung kepada belas kasihan orang lain. Tuan, kah?

“Nasib kita di tangan kita. Memarahi orang lain tak akan menyelesai masalah kita. Bilangan kita dikatakan bertambah.

“Tetapi jumlah besar orang yang miskin tidak dapat bersaing dengan jumlah kecil orang yang kaya,” tulisnya.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.