Header Ads

“Bagaimanakah cara nak jadi orang yang tenang, tak suka marah-marah, dan pandai urus masa dengan baik...?”



Satu petua yang kuat yang saya pelajari dari ustaz kegemaran saya, Sheikh Hussain Yee :

Apabila anda Berikan masa untuk Allah,
Allah akan memberi kamu waktu yang kamu perlukan.
Apabila anda mengamalkan ketenangan dan kedamaian di solat,
Allah akan memberi anda ketenangan dan kedamaian yang anda perlukan.
Kunci utama bagimana hendak menjadi orang yang tenang dan tak mudah marah bila di uji. dan sentiasa pandai urus masa dengan baik?

Kunci utamanya ialah praktis urus masa dan emosi dalam solat. Orang yang tenang dan tak terburu2 dalam solat, akan jadi orang yang tenang, tak gopoh dan pandai kawal emosi di luar solat.

Orang yang jaga waktu solat dan tak melengahkan solat, akan sentiasa cukup masanya untuk perihal yang lain.

Masa mula2 belajar pasal benda ni dulu, saya pun rasa tak yakin, rasa hek elehhh ye keee ?
Tapi sejak konsisten amalkan punctuality & calmness in solat, I’ve improved a lot alhamdulillah.
Suami pun cakap saya lebih tenang dan mudah senyum dalam keadaan huru hara.

Kalau tak, sebelum ni sikit2 nak baling hanger.
Sejak itu saya sedar, ketenangan adalah kuasa besar yang diberikan oleh Allah.

Rupanya ketenangan diri takde kena mengena pun dengan faktor keadaan sekeliling atau kemewahan hidup.
Ketenangan adalah keupayaan untuk tidak berlebihan, untuk menjaga minda anda dengan jelas dan hati anda dengan aman walau dalam apa jua keadaan.

Malam ni sebelum tidur, cakap pada diri.

“I’m a calm and peaceful person.”
Cara Mudah Menunaikan Solat Pada Awal Waktu

1 – Latih Diri Hentikan Kerja Tanpa Alasan

Jika kita sedang sibuk melakukan kerja di depan komputer ataupun laptop, apabila kita mendengar azan, kita terus hentikan kerja yang sedang dilaksanakan tanpa apa-apa alasan.

“Save” segala kerja dan terus Jika kita permudahkan untuk solat, Allah akan memudahkan juga urusan seharian kita. Jadikan ia sebagai satu “habit”. Setiap kali terdengar azan, terus hentikan. Jika tidak biasa, kita perlu biasakan. Lama-lama ia akan menjadi automatik.

2 – Waktu Solat Sebagai Panduan Temujanji

Jika kita mahu bertemu dengan pelanggan ataupun prospek, tetapkan masa sebelum ataupun selepas waktu solat. Contohnya jika kita mahu bertemu pada waktu tengah hari, sebaiknya bertemu sebelum pukul 1 petang, ataupun selepas selesai menunaikan solat fardu zuhur.

Tepat Waktu
Jadikan waktu solat sebagai panduan kita melakukan sebarang kerja. [Martin Gommel]


Begitu juga jika mahu bertemu pada waktu malam, jumpa pada pukul 9 malam dan ke atas. Walaupun solat fardu Isyak boleh dilambatkan, tetapi lebih baik kita tunaikan pada waktunya.

3 – Tetapkan ‘Reminder’ Waktu Solat

Gunakan perisian ataupun aplikasi ‘reminder’ waktu solat. Pasang aplikasi waktu solat, Al-Quran, zikir dan kompas arah kiblat di smartphone. Pasang juga perisian “reminder” waktu solat di laptop ataupun sekurang-kurang perisian alarm yang kita boleh set masa-masa tertentu untuk mengingatkan kita yang sedang terleka bekerja.

4 – Tampal Peringatan Di Meja Kerja

Tulis ‘peringatan’ dan tampal betul-betul di hadapan meja kerja anda seperti petikan hadis ataupun apa sahaja yang anda mahukan. Apabila ada peringatan sebegitu, kita akan ada sedikit motivasi untuk menyegerakan solat.

Quote Solat
Di antara kata-kata berkenaan solat yang menginspirasikan. [LionofAllah]


Semua aplikasi ini amat membantu kita yang kadang-kadang terlalu sibuk dalam urusan seharian.

5 – Berkawan Dengan Mereka Yang Tidak Lewatkan Solat

Berkawan dengan individu yang tidak melengahkan solat. Jika anda seorang usahawan, cari rakan niaga yang tegas dalam bab solat dan agama.

Bukan sahaja kita akan solat lebih awal ataupun sebaik masuk waktunya, tetapi kita juga boleh solat berjemaah di pejabat jika tidak dapat ke masjid ataupun surau, ataupun sewaktu berjalan jauh / bepergian (safar). Dalam masa yang sama, mereka boleh mengingatkan kita apabila kita dilanda kesibukan.

6 – Jadikan Solat Polisi Utama Anda

Letak solat sebagai perkara paling utama dalam segala jua perkara. Niat, azam dan tekad dalam hati. Solat adalah segala-galanya. Selagi anda tidak solat, jangan lakukan perkara lain. Jadikan ia sebagai polisi utama anda. Anda perlu tegas dengan diri sendiri dan tidak boleh terlalu berlembut dengan sesiapa sahaja dalam soal solat.

Mereka tidak mahu solat ataupun mahu melengahkan solat, itu pilihan mereka. Anda mempunyai pilihan dan prinsip tersendiri. Apabila kita meletak solat sebagai nombor satu, Allah akan bantu kita mempermudahkan kita untuk menunaikan solat.

7 – Solat Berjemaah Di Masjid

Solat berjemaah di masjid. Ya, inilah satu-satunya cara paling efektif untuk solat pada awal waktunya. Sebaik mendengar azan kita terus menuju ke masjid ataupun sebelum azan berkemundang, kita telah bersiap-siap untuk ke masjid ataupun surau.

Solat Berjemaah
Kita akan mendapat 27 kali ganda pahala apabila solat berjemaah. [Aeab]


Apabila berada di masjid, kita tidak ada fikiran lain selain mahu menunaikan solat sahaja dan yang pasti kita akan ikut imam. Kita akan solat dengan lebih tenang dan tidak tergopoh-gapah. Cubalah teknik ke-7 ini walaupun mungkin tidak selalu.

Akhir kata daripada saya, kita memang manusia yang serba serbi kelemahan. Diri kita dengan para sahabat Nabi usah dibandingkan, apatah lagi dengan para ustaz dan ulama soleh, memang kita terlampau jauh berbanding mereka. Kita jadi sahaja diri sendiri dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kedudukan kita di sisi Allah Subhanahu wa Taala.

InsyaAllah.
.
Good night, everyone!

Kredit :#AdlilRajiah

Sumber : Tazkirah.net

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.