Header Ads

Twitter Tottenham Hotspurs Diserang Netizen Indonesia Kerana Menu Special 'Malaysian Rendang'


Untuk pengetahuan semua, stadium Tottenham Hotspur yang baru sahaja siap pembinaannya telah memperkenalkan menu khas iaitu ‘Malaysian Chicken Curry’ dan ‘Malaysian Rendang’ di kafe stadium tersebut.


Namun laman Twitter kelab Tottenham Hotspur telah diserang peminat Indonesia. Rata-rata peminat Indonesia tidak berpuas hati apabila menu rendang di stadium baharu itu diberi nama ‘Malaysian Rendang’.




Salah seorang warga Indonesia mengatakan bahawa rendang berasal Indonesia bukannya dari Malaysia. Malah ada yang siap tunjuk screenshot dari Wikipedia yang membuktikan rendang berasal dari Indonesia.


Nampaknya segelintir warga Indonesia masih ingin meneruskan amalan claim mereka dan hal ini sepertinya tidak ada penghujung.

Tapi macam mana pun sudah pastinya rendang Indonesia dan Malaysia mempunyai perbezaan dari segi rasa dan cara untuk memasaknya. Tak kisahlah rendang dari mana, yang admin tahu rendang daging memang sedap. Kalau makan boleh sampai jilat pingan wei!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.