Header Ads

Tun Mahathir Dan Captain Marvel Antara 100 Individu Paling Berpengaruh Dunia!



Majalah berita antarabangsa, Time Magazine telah menobatkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sebagai salah seorang daripada 100 individu paling berpengaruh di dunia.

Mahathir telah tersenarai dalam kategori Pemimpin Paling Berpengaruh bersama Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, Presiden China Xi Jinping, PM New Zealand, Jacinda Adern, bekas wanita pertama AS, Michelle Obama, Speaker AS, Nancy Pelosi.

Selain Dr Mahathir, pengiktirafan juga telah diberikan kepada nama-nama lain dalam pelbagai bidang berdasarkan sumbangan masing-masing.



Bagi kategori ‘artist’ sebanyak 17 nama yang disebut sebagai paling berpengaruh, antaranya Dwayne Johnson, Kumpulan BTS, Ariana Grande dan Rami Malek.

Brie Larson, teraju utama Captain Marvel dan Avengers terbaharu turut tersenarai dalam kategori sama.
Sementara, Lady Gaga dan Taylor Swift pula merupakan dua artis yang tersenarai dalam kategori ‘icon’.



Senarai Time 100 merupakan senarai tahunan yang dibuat berdasarkan undian pembaca Time Magazine beberapa sebelum senarai itu dikeluarkan.

Undian bagi Time 100 bagi tahun 2019 yang diumumkan semalam itu, bermula sejak 27 Mac dan ditutup pada kelmarin.


Sumber : gempak.com

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.