Header Ads

Penumpang Berdekah Ketawa Dengar Pengumuman Krew AirAsia Ini. Sumpah Lawak Wei!


Seperti yang kita tahu syarikat yang diasaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tony Fernandes memang bijak mengambil hati para penumpang. Antaranya dengan menawarkan hiburan dan perhatian khusus buat mereka.

Tengok saja video dikongsikan pengguna Twitter ini semasa penerbangannya bersama AirAsia baru-baru ini. Video milik Azrul Akmal ini berjaya terima lebih 20,000 RT dan 13,000 Favorites di Twitter.

Ini apa yang disebut dalam pengumuman keselamatan berkenaan:

Semasa kecemasan, tinggalkan barang-barang anda, teman lelaki anda, teman perempuan anda apabila keluar dari pesawat.

Jika terdapat asap, tunduk..tunduk..tunduk..dan gunakan lampu di atas lantai ke pintu yang terdekat.

Pelan keselamatan ini ada terdapat dalam slide tempat duduk di hadapan anda. Sila baca dengan teliti. Terdapat pelbagai gambar menarik di dalamnya..kecuali saya.

Anda dilarang merokok di sepanjang perjalanan. Merokok di dalam tandas akan mengaktifkan isyarat kecemasan..tiit tiit tiit tiit..


Sumpah lawak dengar pengumuman ni. Tapi menariknya, ia bukan dibuat oleh juruterbang pesawat sebaliknya, ia milik krew kabin senior, Fitri Zubir.


Dan sebaik saja posting berkenaan viral, Fitri yang sudah beberapa tahun berkhidmat dengan syarikat penerbangan itu, turut meminta kebenaran untuk menyimpan video berkenaan.


Semoga AirAsia terus berikan servis terbaik dan menghiburkan buat para penumpang. Barulah kita seronok nak naik!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.