Header Ads

Pekerja Kaunter Makanan Fastfood Sempat Kutuk Pelangan Dalam Resit


Hanya kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Seorang pekerja di sebuah restoran makanan segera ini telah bersikap biadap terhadap pelanggan. Disebabkan itu, reputasi nama restoran tersebut terjejas sebab dah viral.

Menurut seorang pelangan Ridzuan Ahmad, adalah menjadi hak pelangan untuk meminta sedikit perubahan dalam menu makanan yang ditempah di kaunter, lapor lobakmerah.

Namun tanpa disangka, rupa-rupanya pekerja tersebut telah mengutuk dia kerana permintaannya itu. Benda ni terbongkar setelah dia menerima resit dan mendapati ada nota ringkas itu.


Difahamkan kejadian ini berlaku di sebuah restoran makanan fastfood di pusat membeli belah yang baru sahaja di buka di Shah Alam.

Meraih lebih daripada 2,000 jumlah retweets, netizen bengang dengan sikap kurang ajar pekerja kaunter tersebut.


Tapi salah seorang pekerja tersebut ada beri respon bahawa ia hanya sekadar salah faham kerana ia tidak ditujukan kepada Ridzuan, tetapi kepada sesama staff.

Bagaimanapun, Ridzuan menegaskan bahawa resit itu diberikan kepadanya dan dia sedar bahawa dia ada banyak buat permintaan masa nak ambil order.

Kejadian ini telah membuat Ridzuan dan rakannya complaint kepada pihak pengurusan restoran tersebut, dan pihak restoran tersebut pun dah minta maaf.



Bagi anda yang bekerja dibahagian kaunter tu ingat ye, orang Malaysia ni tak semua dapat resit terus buang. Jangan sesedap hati je kutuk orang kat situ.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.