Header Ads

Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Sendiri Kena Tipu Di Plaza Low Yat



Daripada telefon pintar sehinggalah ke barangan aksesori komputer, semuanya ada dijual di Low Yat.

Warga kota juga biasanya datang ke Low Yat untuk membaiki peralatan elektronik yang rosak. Terdapat pelbagai kedai yang menawarkan perkhidmatan repair and service pada harga yang berpatutan.

Walaupun menjadi pilihan warga kota, Low Yat tidaklah seindah yang disangka.
Rata-rata masyarakat pernah mendedahkan kisah yang kurang enak berkenaan plaza ini, terutamanya berkenaan scam.


Kami juga yakin, ramai daripada anda sebelum ini pernah mendengar desas-desus scam yang sering berlaku di Low Yat, bukan? Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru.

Seorang pengguna Twitter @ZunairHusain baru-baru ini menceritakan pengalamannya menjadi salah seorang mangsa scam di Low Yat. Perkongsiannya itu telah mendapat hampir 7.8k retweets ketika artikel ini ditulis.

Ceritanya bermula apabila Zunair datang ke sebuah kedai untuk membaiki butang home pada peranti iPhone 5S miliknya



Menurut Zunair, hanya butang home itu sahaja yang rosak manakala fungsi lain masih lancar digunakan seperti biasa. Kedai itu juga bersetuju untuk membaiki butang home tersebut pada harga RM80 sahaja.

Namun tanpa disangka, dia tiba-tiba dikenakan cas RM300 kerana 'orang kedai' berkenaan berkata peranti iPhone 5S miliknya itu telah mengalami kerosakan serius termasuk skrin LCD dan ribbon.

Zunair juga dipaksa untuk membayar RM130 disebabkan orang itu sudah pun membeli butang home beserta dengan ribbon untuk digantikan ke dalam peranti tersebut.

Zunair yang tidak mahu mencetuskan pergaduhan akhirnya mengalah dan membayar RM100. Baca perkongsian penuh di bawah:







Artikel dari says.com

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.