Header Ads

“Kalau Nak Fikir Apa Yang Orang Cakap Kita Tidak Akan Hidup..”- Ziana Zain



Penyanyi terkenal, Ziana Zain akui dia kini menjalani kehidupan seperti biasa meskipun sudah menjadi ibu tunggal kepada empat orang anak.

Kata Ziana kepada HLive, apa pun terjadi kehidupannya harus diteruskan.

“Saya menjalani kehidupan seperti bias. Bagi saya apa yang dah berlaku semuanya sudah tersurat, jadi saya perlu teruskan dengan sebaik mungkin.

“Kalau nak fikir apa orang cakap, kita tidak akan hidup. Apa yang kita boleh buat adalah teruskan hidup dan yakin dengan percaturan Allah,” katanya.



Pun begitu, pelantun lagu Putus Terpaksa itu bersyukur kerana anak, keluarga dan teman rapat serta peminat menjadi sumber kekuatan.

“Selain anak-anak, ibu bapa saya juga banyak memberi semangat selain adik beradik yang menjadi kekuatan saya untuk meneruskan hidup.

“Tidak lupa juga rakan-rakan serta peminat yang banyak membantu,” katanya lagi.

Ziana mendirikan rumah tangga bersama Armin Zaharin pada Mei 1998 tetapi bercerai pada 12 Julai tahun lalu.



Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 19; Muhammad Ammar, 16, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 10.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123). 


Artikel dipetik dari gempak.com

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.