Header Ads

Tuan Rumah Sanggup Ce kik Penyewa Kerana Tidak Bayar Sewa


Inilah yang terjadi bila marah mengusai diri, kadang-kadang kita tidak sedar apa yang kita ucap dan lakukan. 

Menurut The Age, Jason Colton (42) yang  telah mencekik penyewanya sendiri, Ramis Jonuzi sampai mati. Kejadian tersebut berlaku di Brighton East, Melbourne, Australia.

Colton mengakui bersalah menolak Jonuzi ke dinding dan mencekiknya dengan lengan. Colton kemudian menumbuk Jonuzi di bahagian muka. Beliau kemudian menarik keluar Jonuzi ke laman dan mengarahkan dua orang penyewa lain untuk memegang mangsa dan terus memukulnya.


Pada asalnya nak buat Jonuzi pengsan sahaja namun tidak menyangka telah membunuhnya. Kata Colton, dua orang penyewa yang terlibat itu adalah Craig Levy dan Ryan Smart. Colton malah mahu Levy melanggar Jonuzi dengan kereta namun Levy bertindak menelefon pihak polis dan memaklumkan kejadian tersebut.

Jelas Colton lagi, Jonuzi mahu tinggal di rumah tumpangan itu bersama dua orang penyewa lain (Levy dan Smart). Jonuzi kemudian menyatakan bahawa beliau mahu tinggal di situ lagi seminggu dengan kadar bayaran A$210. namun pada hari terakhir di situ, beliau gagal untuk menjelaskan baki bayaran tersebut.


Insiden tersebut berlaku dalam tahun 2017, namun perbicaran kes tersebut mesih diteruskan dan dijangka mengambil masa beberapa minggu lagi.

Bagi penyewa tolonglah bayar sewa. Kalau tak dapat nak bayar on time sila maklumkan pada owner. Buat owner pula sila bertimbang rasa dengan penyewa tetapi kalau dah berlarutan tak bayar sewa sila ambil tindakkan yang betul. Jangan sampai membunuh okay!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.