Header Ads

"Tak dinafikan mata dia memang cantik" - Netizen Terpegun Lihat Mata Lelaki Bangladesh Ni


Setiap orang ada kecantikkan dan keunikkan tersendiri. Seperti  yang dikongsikan oleh pemuda yang dikenali sebagai AbendenMung di Twitter ini. Ramai yang terpana melihat mata pemuda Bangladesh ini yang sangat lawa.

Kalau nak tahu tweet ni memperoleh lebih dariapda 11,000 jumlah retweets di Twitter. Mungkin jiwa seni dia ni kuat, dia dapat lihat lelaki tersebut mampu memberikan hasil yang menarik jika gambarnya dapat dirakam.



Mula-mula tak ada peluang nak tangkap gambar dia, tapi bila berkesempatan lelaki ini, dia terus menyapa pemuda tersebut. Yang menjadi tumpuannya adalah bahagian mata, kalau tak percaya korang boleh lihat sendiri hasilnya.



Pada mulanya memang susah nak dapat gambar on point. Biasalah orang tak tahu apa-apa tiba-tiba disuruh ambil gambar, mestilah terpinga-pinga kan? Tapi setelah berkali-kali gambar di ambil hasilnya dikongsikan di Twitter, dan terus viral.


Bila hasilnya tu dikongsikan di Twitter ternyata ramai retizen terpegun melihat matanya. Ada yang kata bahawa pemuda ini ada potensi menjadi seorang model.


Tak dinafikan memang cantik mata dia. So, jangan pandang rendah kalau lihat orang tu berpakaian selekeh, kadang-kadang orang tu sebenarnya ‘ada rupa’ bahkan jauh lebih lawa daripada kita.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.