Header Ads

Nasi Goreng Oreo? Cekodok Oreo? Ishh Merepeknya Kembang Tekak Woi!


Baru ni admin terjumpa benda menarik di twitter yang mana seorang lelaki ni telah berkongsi resipi yang agak unik mengunakan orea sebagai bahan utama. 

Difahamkan yang posting tersebut dah lama iaitu 4 tahun lepas namun ia menjadi tular semula selepas ia dimuatnaik kembali.


Kalau nak tahu posting asal resipi ‘Nasi Oreo’ tersebut sebelum ini pernah dimuatnaik seorang lelaki warga Singapura, Md Amienudin Dinoh yang juga merupakan seorang pekerja IT di laman twitternya @mdamndn.

Md Amienudin yang berusia 24 tahun berkata dia mendapat ilham penyediaan Nasi Oreo tersebut selepas menonton sebuah video di lama web Buzfeed, lapor mStar.

Disebabkan rasa terliur, dia pun buat sendiri nasi tersebut, siap share video tutorial tu lagi guys.


Jadi bagi korang yang berhajat nak try nasi oreo tu, amie ada sediakan sedikit info cara-cara penyediaan dan bahan-bahan yang diperlukan.

Jangan salahkan admin, kalau korang rasa kembang tekak lepas makan benda ni eh! Haha

2 senduk nasi yang telah dimasak
Susu segar
2 paket oreo
SIAP!


Tapi rata-rata netizen beranggapan resipi Nasi Oreo tersebut pelik dan menjijikkan. Malah mereka mengatakan lebih baik makan biskut tu begitu sahaja berbanding di campur dengan nasi.



Bukan setakat nasi oreo je, amie juga sebelum ni pernah buat cekodok oreo jugak tau.


Korang jangan fikir bukan-bukan pulak, sebab amie ni sebenarnya memang pencinta biskut oreo sebab tu dia cuba pelbagai resepi menggunakan biskut feberet dia tu. Tapi ni semua cerita 4 tahun lepas. Sekarang ni amie dah menyesal buat resepi ni.

Kalau korang nak cuba boleh je cuba ye. Iyalah selera setiap orang mana sama kan. Terpulang kepada deria rasa dan kreativiti masing-masing.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.