Header Ads

"Masa bagi unit PPR ni mereka tak tanya pun saya kaya ke tak" - Penduduk PPR Taman Manggis Jawab Isu ’Kehidupan Mewah’nya


Nampaknya isu PPR Taman Manggis masih belum reda. Bila isu ini viral ramai pula orang yang campur tangan dan mula mendedahkan pelbagai cerita disebalik isu ini. Terbaru ni timbul isu tentang kehidupan ‘mewah’ salah seorang penduduk PPR ni.

Menurut Ana Idriss, dalam posting Facebook ini, dapat dilihat kehidupan mewah wanita dengan nama Khalidah Nazir Ahmad pergi ke luar negara dengan menaiki “business class” untuk melancong ke beberapa negara.


Bila ditanya berkenaan perkara tersebut, Khalidah pada awalnya mengaku yang dia telah mengembara ke luar negara dengan menaiki business class bersama suaminya. Itu pun kerana abangnya yang mempunyai kedai runcit telah memberikan mileage points kepadanya.- lapor MalayMail

Tak sampai beberapa jam, wanita ini tukar pula statement dengan menafikan semua perkara yang didedahkan tentangnya di media sosial. Eh, mana satu ni?


"Ini semua telah dicipta dan disebarkan oleh ‘keyboard warriors’. Mereka fitnah saya dan dalam Islam, mereka kena minta maaf atau jawab dengan Allah bila mereka mati nanti."

Wanita itu juga semua perkara tentang dirinya ini adalah hal peribadinya dan tak ada kena mengena dengan orang lain atau isu PPR.

Menurut cerita wanita itu, unit yang dia tinggal adalah ‘pampasan’ dari kerajaan bila dia kena berpindah 13 tahun lalu.

"Saya tak apply unit PPR Taman Manggis, ini adalah pampasan yang diberikan kepada saya. Semasa mereka berikan unit ini, mereka tak tanya pun saya kaya atau miskin."

Khalidah adalah salah seorang dari lapan penghuni Taman Manggis yang diusir dan telah duduk di Komtar sejak Rabu lalu sebagai protes.


Terkini, kerajaan negeri telah membenarkan penduduk untuk pergi semula ke unit mereka untuk mengambil barang peribadi. Tapi, mereka hanya diberikan masa tiga hari untuk berkemas dan pindah ke luar.

Tapi kumpulan ini menolak untuk kembali dan mengatakan yang mereka tak akan terima apa-apa tawaran selain dapat kembali tinggal di PPR secara kekal.

Untuk yang berkemampuan tu bagilah peluang keluarga lain yang tak mampu untuk duduk di PPR.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.