Header Ads

"Konsep Food Truck Sepatutnya Cepat,Mudah Dan Murah Tapi Dekat Malaysia ni..."


Suatu masa dahulu food truck pernah menjadi trending di Malaysia. Boleh dikatakan setiap kali festival pasti ada tempat khas untuk food truck ni. Tapi sekarang kita nak tengok satu pun susah. Ya kami tahu, memang masih ada scene food truck ni, contohnya di TAPAK KL dan TAPAK PJ.

Ada seorang netizen ni @RezaIrAmrey telah retweet pasal scene food truck yang semakin sendu dikalangan kaki makan dan rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataannya.


Konsep food truck dekat oversea lain. Dekat sana makanan food truck murah, tapi dekat Malaysia kita ni, harga mengalahkan makanan di hotel. Ini memang dipersetujui oleh umum.


Tapi secara asasnya harga makanan food truck memang perlu macam ni ke? Ini tak masuk akal. Mungkin scene food truck ni nak jadi next level pasar malam kot?


Kalau harga mahal sekali pun tapi kualiti dan portion banyak, rasanya orang pun tak kisah untuk spend. Tapi bila harga yang tak masuk akal macam ni memang mengundang kecaman dari netizen lah.




Tapi korang semua jangan salah faham ye, bukan semua foodtruck mengamalkan harga mahal ni. Masih ada lagi yang menjual dengan harga berpatutan.


Admin sama sekali tidak ada niat nak menutup periuk nasi siapa-siapa. Cuma diharapkan scene food truck dapat kembali ke pangkal jalan dengan menawarkan harga yang betul-betul berpatutan macam dulu-dulu.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.