Header Ads

"Tolong aku, adik aku kemaruk sangat dengan kpop sampai dia cakap nak try makan babi"


Fenomena kpop tidak akan pernah habis. Haritu admin ada cerita pasal fan kpop yang sanggup nak saman siapa yang kutuk idol kpop dia orang. Kali ni admin nak kongsi kebuntuan seorang abang bila adik dia terlalu obses dengan kumpulan kpop terkenal.


Dari satu perkongsian tweetfamous Anep atau @brgsjks, seorang anonymous telah memuat naik kisah adik perempuannya yang dikatakan terlalu obses dengan kumpulan BTS. Pengetahuan adiknya tentang BTS ni pun amazing gila. Daripada kisah keluarga BTS, sampailah apa yang BTS makan malam tadi.


Bukan itu je,  tahap kemaruknya adik anonymous ni pada BTS sampaikan dia bercakap sorang-sorang dalam Bahasa Korea dengan bantal BTS. Naik pening tengok adik dia ni. Boleh pulak bercakap dengan bantal.


Yang lagi parahnya, adiknya sampai mengaku sanggup nak try makan khinzir gara-gara kumpulan BTS ni makan makanan tersebut. Astaghfirullah. tepuk dahi admin baca benda ni.


Lepas je tweet ni viral, netizen pun dengan pantas beri pandangan masing-masing. Ada yang cakap adiknya ni sebenarnya sunyi dan tiada teman untuk bercakap, mungkin nanti kalau dah ada boyfriend dia tak kemaruk dah.


Dalam pada itu, ada juga yang menasihatkan, agar tak biar adiknya ni duduk sendirian. Perhatikan tingkah laku nya dan ibu bapa harus memainkan peranan dengan mengajak bersembang dan buat aktiviti bersama.


Dan akhir sekali netizen beri kata-kata nasihat buat adiknya. Yelah kan baru umur 15 taun ni. Perjalanan dia masih jauh, sayang kalau dibiar terpesong macam ni.


Okay apa-apa pun admin harap adik-adik dekat luar sana jangan taksub kemaruk sangat dengan kpop ni ye. Nak minat tak salah tapi janganlah sampai apa yang dia orang makan pun korang nak ikut. Perpada-pada dalam minat sesuatu ye!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.