Header Ads

"The struggle is real"- Video Si Abang Frust Ajar Adik Membaca Buat Netizen Terhibur


Satu tweet video gelagat si abang ni nak mengajar adiknya membaca dan fahamkan isi kandungan pada ayat tersebut. Dia pun terjemahkanlah ayat bahasa Inggeris ke bahasa Melayu.


Tapi si adik ni pula ingatkan abang tu tanya soalan padanya, bila dah diterangkan beberapa kali pun masih tak faham sampaikan si Mohd Khairul ni dah give up. Alahai, rasa terhibur pula bila melihatnya.


Hahaha admin pulak yang jadi penat tengok video ni tapi lucu betul adik dia ni. Difahamkan  si adik ni ada homework, cikgu suruh dia baca satu muka surat kat buku tu. Itu pasal lah dia tolong.

Gelagat mereka dua beradik ni telah berjaya menarik hati netizen dan ada juga yang siap tolong bagi tips dekat abangnya untuk explain dekat adiknya.


Dalam pada itu netizen puji dengan kepintaran adiknya yang boleh faham. Cuma budak-budak kan? Mesti cara mereka terima mesej tak sama macam orang dewasa. Tak lupa juga ada awek yang komen melting tengok karenah cute mereka berdua ni.



Buat si abang bertabahlah ye. Itu belum minta ajar kira-kira lagi. Nanti makin peninglah abangnya nak ajar.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.