Header Ads

'Tak semestinya yang berkopiah tu alim'- Pemuda Kutip Duit Derma Ditampar Dan Dituduh Mencuri


Viral satu video ni dekat twitter. Kejadian ini berlaku di Masjid Al-Faizin Kepong. Difahamkan, kes ini dah jadi kes polis, video yang dimuatnaik ini telah meraih lebih daripada 10,000 jumlah retweets dalam masa 13 jam.


Katanya ada seorang pemuda ini ditampar oleh salah seorang jemaah masjid kerana dituduh mencuri. Sebenarnya, sepupu kepada pemuda ini hanya nak kutip duit derma tabung masjid untuk sebab diarahkan olah ahli jawatan kuasa masjid.


Lebih geram lagi jemaah lain yang perhatikannya, hanya lihat dan gelak sahaja. Dasar tak ada hati perut! Pakai pakaian sebegitu, berada dalam tempat suci tapi mengeluarkan kata-kata kesat!


Semestinya benda viral macam ni mendapat perhatian netizen. Ramai geram dengan pakcik tersebut, mereka mempertikaikan akhlaknya yang tak serupa dengan cara pemakaiannya.



Kesian pulak admin tengok budak ni. Tapi tak semua ‘orang masjid’ ni jahat. Hanya segelintir daripada mereka ini sahaja yang membuatkan golongan ini sering dipandang serong.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.