Header Ads

Korang tahu tak sebenarnya Panadol ni sangat berbahaya bagi kucing?




Bagi korang yang bela kucing mesti bimbangkan kalau kucing korang sakit atau demam. Ada tu risau sampai nak tidur malam pun susah. Jadi adakalanya korang terpaksa berlagak seperti doktor haiwan atau vet dengan beri kucing makan panadol.

Bagi kucing makan panadol masa demam memang biasa admin dengar tapi korang tahu tak sebenarnya kucing tak boleh makan panadol ni.


Tweet ni bagitahu tubuh kucing tak boleh menerima panadol kerana ia boleh menyebabkan buah pinggang atau lebih tepat hati si comel ni rosak. Cuba korang tengok kucing kat bawah ni kesian dia.




Walaupun sudah dimaklumkan panadol ni bahaya untuk kucing namun ada juga yang melawan cakap ‘sebenarnya okay je’ macam netizen ni. Admin tak sure sama ada betul atau tak pengakuan netizen ini, tapi ramai juga yang tak setuju dengannya.




Ada juga bagi tips kalau si comel korang sakit boleh ikhtiar beri kucing makan minyak zaitun. Tapi semuanya dengan izin Allah juga.


Admin harap lepas ni takde dah lah yang bagi kucing makan panadol kalau demam. Kita dah tahu kesan nya sangat buruk untuk si kucing. Mungkin sekarang ni nampak okay je bagi panadol tapi masa akan datang kita tak tahu. Jai kalau kucing korang sakit eloklah bawa kucing korang ke vet je.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.