Header Ads

"Saya dilahirkan hanya untuk mereka merasa gembira memiliki anak!"- Anak Sanggup Saman Mak Ayah Sebab Lahirkannya Ke Dunia Tanpa Kebenaran


Pergh tak sangka pulak ada anak yang berfikiran macam ni. Seharusnya kita bersyukur kerana dilahirkan keduani tapi dia lain pulak ceritanya.

Dipetik dari SK, seorang pemuda yang kini berusia 27 tahun berasal dari New Delhi, India telah bertindak agak keterlaluan apabila menyaman kedua ibu bapanya sendiri atas tuduhan mereka berdua telah melahirkannya ke dunia tanpa meminta izin daripadanya dahulu. Haishh kegilaan apakah ini?


Pemuda tersebut bernama Raphael Samuel merupakan seorang anti-natalism. Yang mana fahaman mereka bahawa melahirkan seseorang tanpa meminta izin dari anak yang bakal dilahirkan adalah salah dari segi moral. Whatt?

Jelas Samuel lagi, dia tidak mempunyai masalah mengenai bayi atau tentang kehidupan, namun baginya mana-mana nyawa yang tidak diberi pilihan sama ada untuk dilahirkan ke dunia atau sebaliknya tidak patut ‘diatur’ oleh ibu bapa supaya dilahirkan kedunia.

"Saya mahu memberitahu semua orang, anda tidak berhutang apa-apa dengan ibu bapa anda. Saya menyayangi ibu bapa saya dan kami mempunyai hubungan yang baik tetapi saya dilahirkan hanya untuk mereka merasa gembira kerana memiliki anak."


Bagi kanak-kanak yang memilih untuk tidak dilahirkan akan terhindar dari cabaran dan kepayahan hidup di dunia ini. Malah Samuel juga merasakan diri sebagai mangsa keadaan dan terpaksa berhadapan dengan pelbagai liku-liku hidup.

"Hidup saya sangat baik, tetapi saya tidak nampak kenapa saya perlu ke sekolah, mencari kerja dan sebagainya. Ia tak wujud jika saya tak dilahirkan,"

Kini Samuel giat mempromosikan gerakkanya di facebook Nihilanand yang telah pun mempunyai pengikut seramai 454 orang.

Haishh jujur admin cakap benda ni sangat mengarut. Kesian mak dia penat lahirkan dia, jaga dari kecik dan besar ni kena saman pulak!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.