Header Ads

Netizen Sindir Mereka Solat Dalam KTM Siap Bersejadah Tapi Sebenarnya..


Kecoh hari ni isu beberapa orang penguna KTM solat subuh dalam train. Ada juga yang mempertikaikan kenapa nak sangat solat dekat tengah tu, siap nak bersejadah lagi. Tapi admin jadi heran apa sebenarnya yang terjadi sampai mereka solat dalam train macam tu?

Isu ini bermula dari satu tweet di twitter ni. Dalam tweet tersebut menunjukkan beberapa orang solat subuh dalam train ketika menuju ke tempat kerja. Malah tweet tersebut telah menarik perhatian netizen sehinggakan menjadi perbualan hangat di socmed.


Rata-rata netizen mula mengecam tindakkan tersebut. Namun ramai yang tertanya, kenapa tak solat dekat surau je? Kenapa tak solat duduk? Tak menganggu ke orang keluar masuk nak lalu dalam train tu?



Dalam banyak-banyak komen yang admin baca, ada satu komen ni seperti memberi jawapan tentang apa yang terjadi. Rupanya solat di dalam KTM hanya berlaku first tren je dan satu koc memang dah dijadikan tempat untuk solat subuh. Menurut tweet tu, benda ni dah lama dah tapi tu lah bangkit pula isu macam ni.



Seharusnya sebelum kita mengecam, kita selidik dulu. Mungkin betul pihak KTM ada sediakan tempat buat mereka untuk solat cuma kita yang duduk KL ni je yang tak pernah tahu.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.