Header Ads

Netizen Buat Andaian Tentang Persembahan Sufian Suhaimi Di AJL, Kononnya Ada Kaitkan Dengan Elfira Loy!


Bagi korang yang menonton AJL semalam mesti mesti korang semua tengah hangat membawang pasal persembahan Di Matamu daripada Sufian Suhaimi kan? Dengar citer ada kena mengena dengan Elfira Loy! Ehh ehh ye ke??


Menurut satu sumber, dalam persembahan Sufian Suhaimi semalam ada 3 perkara atau ‘hint tersembunyi’ yang dikaji netizen semalam ada kaitan dengan bekas tunang Sufian, Elfira Loy.

Hint yang pertama : Konsep pelamin anganku musnah

Haa ada yang post dekat twitter semalam, katanya props pelamin di belakang tabir termasuklah chandelier atas kepala Sufian tu ada persamaan dengan konsep wedding Elfira Loy.

Mulanya admin pon tak perasan tapi lepas tengok tweet tu boleh dikatakan hampir 98% sama, tambah-tambah pulak bila pelamin tu dah terbelah dua dan chandelier dah naik ke atas sikit. Nampak saja mata netizen ni kan. Tapi memang nampak sama kan?


Hint yang kedua : Buang cermin mata pada akhir persembahan?

Uishh netizen ni kalau menkaji memang sampai lubang cacing dicarinya. semua gerak geri Sufian semalam dijadikan bahan kajian dan penelitian. Sampaikan part akhir masa Sufian duduk di atas pelamin dan buang cermin matanya ke tepi pun boleh jadi hint kepada sesuatu perkara. 

Kata seorang netizen ni, ia ada kena mengena dengan satu insiden di mata Elfira menghadiahkan Sufian cermin mata baru masa bercinta dulu.


Hint yang ketiga : Penampilan kurus dan tak bermaya Sufian Suhaimi

Jika dibandingkan Sufian Suhaimi dulu dan sekarang, memang banyak bezanya sebab dulu dia nampak berisi sikit dan sentiasa berimej ceria. Tapi sekarang, Sufian berubah jadi kurus dan tak bermaya, berbeza sangat dengan penampilan dulu.

Nak dijadikan cerita, ada seorang netizen tweet semalam mengatakan rupa Sufian nampak bertambah teruk masa persembahan semalam sebab wajahnya penuh jambang, cengkung dan pucat.


Haaa sebelam korang tambah apa-apa lagi hint ni admin nak bagitahu satu benda penting. Setelah diteliti, ada beberapa netizen buat deep research semalam dan bandingkan persembahan Sufian dengan Celine Dion! Yes Celine Dion! Korang tengok konsep chandelier yang digunakan Celine masa dia menyanyikan lagu My Heart Will Go On di Billboard Award 2017. Gotcha!



Nah ni admin bagi extra kat korang. Video dekat bawah ni jawapan Sufian Suhaimi bagi isu persembahan semalam yang dikaitkan dengan Elfira Loy.


Bagi admin semua persembahan semalam memang hebat-hebat belaka dan effort yang diberikan Sufian memang melayakkan dia sebagai pemenang persembahan terbaik semalam. To Sufian, be strong bro! 

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.