Header Ads

'Masih terlihat cantik walaupun begini'- “Makhluk Tuhan Paling Seksi” Kini Tampil Dengan Imej Berjubah Dan Bertudung Labuh


Mulan Jameela satu ketika dahulu sangat terkenal dengan lagu  ‘Makhluk Tuhan Paling Seksi’. Bukan nyanyi lagu seksi je dia juga dikenali dengan imej seksi dan mempunyai liuk lentok yang cukup menggoda.

Namun itu semua cerita lama. Kini tiada lagi imej seksi yang ditampilkan penyanyi tersebut, malah di instagramnya juga dia kelihatan gembira dengan imej baharunya, malah Mulan kelihatan cukup manis dan jelita dengan imej baharunya itu.



Mulan Jameela dilihat lebih selesa tampil dengan imej menutup aurat, bertudung labuh  mengenakan busana yang ‘patuh syariah'. Bukan itu je, Mulan siap lengkap mengenakan stokin lagi bagi menutupi kakinya.



Di Instagram, Mulan yang mempunyai pengikut seramai 1.1 juta, turut berkongsi dakwahnya sesuai dengan imejnya yang tampil lebih muslimah. Imej penyanyi itu juga kini disambut baik peminat-peminatnya yang rata-rata memuji perubahan penyanyi tersebut.


Biarpun mengenakan jubah dan hijab labuh, tetapi dengan sedikit sentuhan moden menjadikan busana yang dipakai Mulan cukup cantik. Semoga hijrah ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.