Header Ads

Lelaki Ini Dapat Pikat 10 Wanita Dalam Masa Sebulan Selapas Menyamar Jadi Polis


Nak pikat permpuan punya hal lelaki ni sanggup menyamar jadi polis. Bukan alang-alang tu sekali 10 orang dia dapat pikat. Ishh kesian perempuan yang kena tipu dengan dia ni.

Melalui satu sumber, seorang lelaki dari Indonesia sanggup menyamar jadi anggota polis demi nak pikat wanita dan ajak mereka keluar bersamanya.


Lelaki tersebut yang bernama Ari Septian Pratama, 21 yang berasal dari Palembang ni katanya siap pakai uniform polis yang lengkap dengan lencana serta gunakan pistol mainan demi nak pikat wanita yang disukainya.

Yang lagi menariknya, peremupan yang terpikat dengan dia ni bukan perempuan biasa-biasa tau. Mereka dari golongan profesional macam doktor, polis wanita, jururawat dan kakitangan awam. Amboi mamat ni mesti pandai mengayat ni!


Cara licik Ari mengorat perempuan boleh dikatakan penipuan paling dahsyat lah, sebab dedikasi dia dalam menipu tu hingga ke tahap beritahu semua orang yang dia ini adalah anak kepada Ketua Polis Da­erah Sulawesi Tenggara dan doktor forensik polis.

Bukan itu je, dia siap guna nama samaran lagi Dr Julian Saputra dan sanggup sewa kereta mewah demi untuk menarik perhatian wanita. Dia juga tabur janji kepada semua wanita ini yang dia akan mengahwini mereka dan perdaya mereka untuk tidur bersamanya bila taktiknya berjaya.


"Saya berjanji untuk me­ngahwini mereka malah sejujurnya saya tidak memeras wang mereka tetapi hanya tidur bersama mereka. Sebahagian telah pun bertunang,"

Tapi semua nya tak kekal lama, bak kata pepatah sepandai tupai melompat, akhirnya terkantoi juga! Perbuatan Ari akhirnya terbongkar apabila dua mangsanya membuat laporan polis bahawa lelaki itu menggunakan kuasanya untuk keluarkan wang dari ATM mereka.

Ketika sidang media di ibu pejabat polis Sumatera Selatan, lelaki tu mengaku yang dia buat perbuatan tersebut sebab nak sahut cabaran di aplikasi Bigo Live. - lapor Coconuts.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.