Header Ads

Kisah Disebalik Ratu Cantik Kanak-kanak Yang Ditemui M4ti Dalam Rumah Sendiri


Hari ni admin nak kongsi kisah pem bu nuhan misteri kanak-kanak perempuan yang berusia 6 tahun bernama JonBenét Ramsey. Kisah ini telah berlaku 1996 namun sehingga ke hari ni kema tian kanak-kanak ni masih menjadi misteri dan siapa suspek sebenar masih menjadi tanda tanya.

JonBenét Ramsey merupakan kanak-kanak paling bertuah. Hidupnya bagaikan puteri di alam fantasi yang diidam-idamkan oleh kanak-kanak lain yang seusia dengannya kerana dia memiliki segala-galanya, malah lebih dari apa yang dia perlukan.


Mana tak nya ayahnya merupakan tokoh korporat yang berjaya dalam bidang pengkomputeran, memiliki syarikat yang sedang meningkat naik, manakala ibunya, Patsy Ramsey pula graduan kewartawanan yang juga bekas ratu cantik yang disegani. Bukan itu je JonBenét juga mempunyai seorang abang, Burke yang ketika itu berumur lebih kurang 10 atau 11 tahun.

Keindahan hidup JonBenét cukup mewah dan dia mula memasuki dunia glamor selepas ibunya mendedahkan dia dengan kerjaya ‘ratu cantik’. Malah kanak-kanak itu telah memenangi banyak ‘crown’ dalam setiap pertandingan yang disertainya.



Tapi malang kehidupan tersebut tidak kekal lama apabila JonBenét ditemui ma ti pada malam Krismas, 26 Disember 1996. Kisah malang itu bermula selepas mereka sekeluarga pulang dari parti Krismas, pada waktu itu bapa JonBenét mengangkat kanak-kanak perempuan itu ke bilik sebelum menghabiskan masa bersama anak lelakinya (Abang JonBenét) menyiapkan model permainan kereta api yang juga merupakan hadiah Krismas kegemaran Burke.

Kira-kira jam 4 pagi, ibu JonBenét terjaga dari tidur lalu keluar dari bilik tidurnya, pada ketika itulah dia terjumpa 3 helai kertas yang merupakan nota ugutan ditulis dengan tangan yang tersusun kemas di anak tangga rumahnya. Ermm pelik sampai 3 keping pulak nota nya tu..


Sebaik melihat nota tersebut, ibu JonBenét jadi panik dan terus berlari ke tingkat atas rumah untuk melihat sendiri sama ada anak perempuannya masih ada atau tidak.. Ternyata anaknya tiada di dalam bilik.

Dalam nota tulisan tangan tersebut ditulis secara terperinci bahawa ‘penculik’ tersebut mahukan wang sebanyak $118,000 atau bersamaan hampir setengah juta ringgit sekiranya mereka mahu JonBenét selamat. Malah penculik itu dengan tegas menyatakan bahawa mereka (kumpulan penjenayah) akan bertindak lebih teruk jika keluarga Ramsey tidak melakukan apa yang mereka mahu.


Ibu JonBenét, Patsy terus menghubungi 911, tak lama lepas tu detektif tiba dan membuat pemeriksaan di rumah dan kawasan sekitar bagi melakukan analisis terhadap kes tersebut. Bapa JonBenét, pada masa itu turun ke bahagian bawah rumah bersama rakannya dan terkejut kerana menemui ma yat anak perempuannya itu.

Tubuh JonBenét dalam keadaan terbaring kaku sambil dije rut, tangannya di ikat sementara tubuh kanak-kanak itu dihampar dengan selimut. Dan terdapat juga kesan luka, seolah-olah lebam akibat tu sukan alat kejutan elektrik pada bahagian anggota badan JonBenét.




Hasil bedah siasat mendapati tengkorak JonBenét pe cah meskipun tiada darah atau kesan kulit ko yak pada bahagian kepala mangsa yang didakwa dipu kul dengan objek tumpul keras (mungkin lampu suluh). Malah mereka juga tidak menolak kemungkinan kanak-kanak perempuan itu didera secara s3k sual berdasarkan DNA asing yang ditemui pada seluar dalam JonBenét.

Kes ni mendapat liputan meluas dan ada juga netizen yang mendakwa ia mungkin berkaitan dengan kerjaya kanak-kanak itu sebagai ratu cantik yang kerap kali berpakaian sek  si yang menunjukkan liuk lentok tubuh badan di khalayak umum, menyebabkan ia menjadi perhatian lelaki ‘pedo phile’ lalu bertindak membu nuhnya.


Walaupun wujud banyak teori mengenai kes ni tapi tiada seorang pun suspek yang ditahan sepanjang siasatan pembu nuhan itu dijalankan sebaliknya banyak banyak konspirasi dalaman yang berlaku antara keluarga Ramsey bersama penguam peribadi mereka yang seolah-olah menyembunyikan sesuatu. Lagi bertambah pelik bila keluarga Ramsey ini mengelak untuk bekerjasama dengan polis dan media.

Bila situasi ni berlaku, muncul teori lain yang mengatakan ibu bapa JonBenét sendiri yang telah merangka semua jalan cerita pembu nuhan kanak-kanak itu bagi menutup kesalahan mereka yang sebenarnya telah membu nuh anak sendiri.


Kes ini telah muncul dalam rancangan  televisyen siasatan The Case Of : Jonbenét Ramsey , mereka hampir berjaya merungkai kes pembu nuhan kanak-kanak tersebut secara terperinci berdasarkan bukti-bukti kukuh.

Yang buat admin terkejut, hasil siasatan tersebut mendakwa mungkin abangnya sendiri secara tak sengaja telah mencederakan Jonbenét Ramsey sehingga ma ti. Jadi nak mengelakkan anak lelakinya ditangkap polis, pasangan Ramsey telah mereka-reka cerita bagi menggambarkan anak perempuannya itu telah diculik dan dibu nuh orang luar.


Yang menguatkan lagi teori ni ialah masa press conference pasal kes tersebut dijalankan, pasangan Ramsey itu seolah-olah kaku, air muka mereka juga berubah selain tergagap-gagap ketika menjawab setiap soalan media.

Si abang iaitu Burke pula dilihat sering ketawa ketika ditemuramah oleh pakar psikologi yang bertanya mengenai perasaannya apabila mengetahui adiknya telah ma ti serta hubungannya dengan JonBenét. Ia menunjukan seolah-olah abangnya, Burke langsung tidak kisah dan risau akan kehilangan adiknya itu.


Ada kemungkinan perangai Burke yang agak kasar mungkin disebabkan terasa seperti disisihkan ibu bapa selepas kelahiran adik perempuannya itu. Keadaan menjadi semakin ketara bila adiknya aktif memasuki pertandingan ratu cantik dan perhatian si ibu jelas kepada JonBenét.

Ibu JonBenét, Patsy telah meninggal dunia pada tahun 2006 kerana menghidap kanser ovari manakala suaminya masih hidup sehingga kini. Abangnya pula merupakan seorang penganalisa komputer yang berjaya.

Kes pembu nuhan JonBenét telah ditutup dan masih menjadi misteri yang belum selesai.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.