Header Ads

"Buat rosak Baju Melayu je sampai dah berkolar melekat t*tek tu. Geram tengok"


Bagi mengikuti fesyen terkini, pakaian tradisional Melayu juga melalui pelbagai perubahan mengikut zaman. Kadang-kadang lawa jugak design baju Melayu yang baru ni, tapi adakalanya memang nampak jelik!

Netizen di Twitter buat polls untuk lihat fesyen mana jadi kesukaan masyarakat masa kini. Baju Melayu tradisional ke baju Melayu hipster. Haa cer korang tengok dekat bawah ni...


Tapi nampaknya rata-rata memang benci habislah kat baju sebelah kanan tu, iaitu baju Melayu sendat sampai nampak perkara yang tak sepatutnya pada badan lelaki.

Bukan netizen je, admin pun tak faham apa motif pakai Baju Melayu sendat yang dah macam swimming suit rupanya. Nak terjun masuk swimming pool kot lepas Solat Jumaat?



Tweet tersebut juga dikongsikan Instagram Makcik Puaka yang juga memuat naik video sekumpulan lelaki berpakaian baju Melayu ketat dan sendat. Emmm tak terkoyak pulak baju tu eh? 

Netizen pun apa lagi mulalah membawang macam-macam kan? Siap ada yang terfikir macam mana agaknya jejaka sado ni bernafas pakai baju macam ni.



Tak salah nak hipster baju Melayu ni tapi tak payah lah melampau sangat hipster nya. Kalau sendat macam tu nak tengok pun segan tahu!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.