Header Ads

Benarkah Kiswah Kaabah Disulam Dengan Benang Emas? Dan Seberapa Kerap Ianya Ditukar Ganti?


Bagi mereka yang pernah menjadi tetamu Allah sudah pasti Kaabah akan menjadi tumpuan utama anda. Melihat kaabah dihadapan mata merupakan impian bagi setiap umat islam. Malah di dinding kaabah pula kita dapat melihat Kaligrafi Arab yang tersemat indah.


Apakah ayat dan maksud yang tertulis di kiswah kaabah?

Dari sumber khalifahmedia, Kiswah Kaabah merupakan kain dinding kaabah yang penuh dengan tulisan seni Arab namun ramai tidak menyedari atau mengetahui apa yang tertulis pada Kiswa tersebut.Bagi penduduk di Kota Mekah sudah pasti mereka mengetahui ayat dan maksud yang terpampang indah pada dinding Kaabah tersebut.

Bagi yang tak tahu, secara keseluruhannya terdapat tiga baris Teks Mendatar yang ditulis di sisi Kiswa.


Baris pertama, ia ditulis Ya Allah dengan dua nama NYA iaitu Ya Hannan, di sebelah kanan dan Ya Mannan, di sebelah kiri.

Dalam baris kedua, anda akan melihat ayat syahadah, “La Illaha Illa Allah Muhammadur Rasulullah” yang bermaksud “Tidak ada Tuhan kecuali Allah dan Muhammad SAW adalah utusan Allah”

Dalam baris terakhir pula adalah pujian yang diberikan kepada Allah, “SubhanAllah hi Wabihamdi hi SubhanAllah hil azeem”, yang bermaksud “Allah bebas dari segala jenis ketidaksempurnaan, dan semua pujian adalah untuk Allah.


Betul ke Kiswah Kaabah Disulam Dengan Benang Emas?

Haa percaya atau tidak, Kiswah memang dihasilkan daripada kain Sutera Hitam bersulam benang emas dan perak yang berukuran 14 meter tinggi dan 47 meter panjang.

Kalau nak tahu, Kiswah ni terdiri daripada lima lapisan kain, termasuk tirai yang menutup pintu Kaabah, yang dijahit serta disulam kainnya, yang mengambil masa antara lapan hingga sembilan bulan untuk disiapkan - lapor Bernama


Kiswah yang asal mempunyai 3 bahagian utama iaitu Sitaar (tirai) bagi pintu Kaabah, tirai dalaman Kaabah dan “Hizam” (tali pinggang Kaabah). Kesemuanya diperbuat di Kilang Kiswah Kaabah yang eksklusif dan berkualiti.

Sitaar yang bersaiz 6.5 meter tinggi dan 3.5 meter lebar diperbuat daripada kain sutera hitam dengan lapisan sutera hijau yang tebal.

Bagi tirai dalaman kaabah berwarna hijau disulamkan ayat-ayat dari Al-Quran di atasnya bagi menonjolkan rekabentuk serta semua diliputi dengan perak dan emas. Bahagian ini diperbuat melalui tenunan tangan, oleh itu ia memerlukan ketepatan dan kemahiran serta kesenian asli. Pembuatannya terdiri daripada beberapa fasa bermula dengan pencelupan sutera hijau.


Bahagian ketiga iaitu hizam kaabah pula, adalah satu karya seni yang indah. Diletakkan dua pertiga di antara tanah dengan puncak Kaabah, Hizam memahkotakan Kaabah dengan keindahan emas dan cahaya. Hizam adalah tali yang ditenun dengan ayat-ayat Quran dan reka bentuk Islam dengan pendawaian perak tebal disaluti dengan emas, bersaiz 47 meter panjang dan 95 sentimeter lebar.


Seberapa kerap Kiswah Kaabah ini ditukar ganti?

Untuk pengetahuan korang, Kiswah ini bukan 10 ke 20 tahun baru ditukar sebaliknya 2x setahun, iaitu biasanya pada Syaaban dan hari Arafah. Kos pembuatan Kiswah ini mencecah 25 Juta Riyal atau bersamaan RM27.25 juta.


Difahamkan kain Kiswah lama akan dipotong dan diedarkan kepada individu tertentu, tetamu diplomatik asing yang datang ke Arab Saudi atau pelbagai pertubuhan di seluruh dunia. Ada yang turut dijual sebagai cenderahati.

Wallahualam, admin just berkongsi je info ini, semoga kita semua diberikan kesempatan untuk menjadi tetamu Allah suatu hari nanti. Amin

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.