Header Ads

Tony Fernandes Perli KLIA 2 Dah Macam Zoo. Lepas Isu Ulat Sampah Dan Tikus Muncul Pulak Lebah!


Hari ni KLIA 2 menjadi tumpuan dunia lepas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes memuatnaik satu status di twitter mengenai lebah di lapangan terbang itu. Aikk ada lebah pulak dah??


Dari tweet tersebut nampak macam Tony Fernandes menyindir Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) selepas sarang lebah dikesan di tingkap sebuah platform di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Bukan itu je, dalam tweet tersebut siap ada sekali gambar sepasukan tentera lebah’ yang berkumpul di tingkap salah satu platform KLIA2. Besar wei sarangnya tu.


Tak lama lepas tweet tersebut viral, Ketua Pegawai Eksekutif MAHB, Raja Azmi Raja Nazuddin mengeluarkan kenyataan bagi menjawab ‘sindiran’ Tony. Malah pihak MAHB dah memang tahu pasal lebah ni dan dorang dah bersedia pun sebenarnya nak halau lebah ni.



Apa yang menarik pasal isu ni bila netizen berjemaah perli MAHB dan dorang siap tinggalkan komen lucu lagi pasal isu ni.





So korang jangan risau okay. Have a wonderful flight everyone.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.