Header Ads

"Tolonglah educate pemandu-pemandu di Malaysia ni."- Ketahui Perbezaan Lintasan Pejalan Warna Kuning Dan Putih


Bagi mereka yang memandu mesti perasankan ada lintasan pejalan kaki warna belang kuning dan putih. Tapi apa beza warna putih dengan kuning ni??

Seorang netizen telah muat naik tweet tentang perasan geram dia terhadap pemandu di Malaysia yang tidak faham pasal lintasan pejalan kaki.


"Ini satu benda yang aku sangat bengang dengan pemandu di Mlaysia. Tahap bengap melampau!

Semalam aku hampir kena langgar dengan pemandu bengap, ego lepas tu rasa dia pandai. Kita pulak yang disalahkannya!

Sini aku nak ajar sikit

Kalau nampak lintasan belang pejalan kaki berwarna PUTIH, maksudnya kau sebagai pemandu kenderaan, rak kiralah motor atau kereta atau lori hatta kereta lembu seklaipun, kau WAJIB nerhenti bila nampak orang nak lintas. WAJIB!


dan kalau kau nampak lintasan belang berwarna KUNING,kau kena lihat siapa yang sampai dulu dekat belang kuning tu. Kalau pejalan kaki yang sampai dulu kau WAJIB berhenti. Kalau kau yang sampai dulu, pejalan kaki WAJIB tunggu kau lalu.


KECUALI kalau lintasan kunig itu ada traffic light. Kalau dia ada traffic light,kau ikut lah 'arahan' traffic light tu!

Samdol!"

Kalau korang nak tahu ada juga netizen bagitahu yang peraturan macam ni dah lama ada dekat negara lain. Tapi Malaysia masih kurang faham dan ramai yang lebih suka guna 'the power of hand' ketika melintas.


Jadi admin harap lepas ni korang alert lah sikit dengan lintasan pejalan kaki ni. Jadilah rakyat yang bertimbang rasa dan memandu dengan berhati-hati.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.