Header Ads

"Tersengih aku tengok video ni"- Pick Up Line Lelaki Ni Pada Wanita Arab Buat Netizen Terhibur


Zaman admin dulu dia tak panggil pick up line, ianya di panggil mengayat. Standard lah lelaki memang pandai mengayat perempuan. Dia punya ayat manis tu mengalahkan gula. Sekarang ni bukan orang dewasa je reti nak pick upline, budak sekolah rendah pun pandai sudah sekarang.

Terbaru ni viral ditwitter satu video menunjukkan seorang lelaki Indonesia sedang ‘mengayat’ gadis-gadis Arab. Dia pakai pickup lines gaiss! Lagi menarik dia sebut pickup lines dalam Bahasa Arab. Tak ke cair gadis Arab ni dengar.


Dari video tersebut dapat kita lihat lelaki ini dekati gadis Arab dan bertanyakan solan serius dekat seorang kawanya.

Yang pertama lelaki ni tanya "Tahu tak apa bezanya kamu dengan internet?" Mula-mula gadis tu nampak blur sikit sebab tak paham soalan. So dia jawab tak tahu. Lepas tu, mamat tu terus bagi jawapan, "Internet tu 4G tapi awak itu 4 ME." Halamakkk terkedu kejap gadis Arab tu dengar.


Yang kedua ditanya lagi gadis Arab tu,"Tahu tak apa perbezaan kamu dengan bintang?". Lantas gadis tersebut mengeleng. Dan dijawabnya "Bintang itu di langit, tapi kamu di hatiku." Terus tersipu-sipu malu minah Arab tu siap gelak tutup mulut. Adoii admin pon terhibur jugak bila tengok.

Admin ingatkan admin sorang je yang geli hati tengok video ni rupanya netizen pon rasa benda yang sama. Tengok brader tu mengayat perempuan Arab dengan menggunakan Bahasa Arab. Smooth je kan? Kalah pak Arab lain! 


Jadi apa tunggu lagi jom lah kita belajar bahasa Arab. Bukan sebab nak mengorat perempuan Arab yang cantik-cantik tu tapi untuk ilmu di masa depan jugak!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.