Header Ads

Terbongkar! Sebab Utama Bentuk Piramid Menjadi Pilihan Di Zaman Mesir Kuno


Piramid merupakan satu seni bina yang cukup mengagumkan dan meningglkan tanda tanya buat generasi masa kini. Saiznya yang gergasi sahaja sudah cukup membingungkan kita tentang bagaimana orang zaman dulu mampu membina bangunan sebesar itu.

Bukan sahaja saiznya menjadi pertanyaan namun strukturnya mampu bertahan sehingga ke hari ni. Antara piramid yang telah dijumpai di Mesopotamia, Mesir, kawasan Mesoamerica, China, Sepanyol, Sudan dan beberapa lagi tempat.

Selain itu, piramid juga dijadikan simbol agama dalam beberapa masyarakat, dengan bentuk piramid itu dikaitkan sebagai salah satu cara orang zaman dahulu menunjukkan rasa berterima kasih pada Tuhan mereka.


Apa fungsi piramid dibina?

Seperti yang kita semua sudah sedia maklum, masyarakat zaman dahulu tidak mengehadkan fungsi piramid, dengan setiap piramid mempunyai fungsi berbeza mengikut masyarakatnya sendiri.

Orang Mesir purba membina piramid bagi menjadi makam atau kubur kepada pemerintah mereka. Orang Mesoamerika pula menjadikan bangunan berbentuk piramid sebagai salah satu pusat acara menyembah Tuhan mereka.

Oleh kerana ketinggian piramid yang dibina, orang zaman dahulu percaya ketua-ketua agama mereka mampu berkomunikasi dengan Tuhan mereka lebih dekat, jadi bahagian atas piramid itu dijadikan kawasan pemujaan ritual masyarakat zaman tersebut.


Kenapa bentuk piramid menjadi pilihan ketika zaman Mesir kuno?

Ilham untuk membentukkan bangunan mereka sama seperti sebuah piramid berpunca daripada bentuk gunung dan bukit yang mengelilingi kawasan mereka. Jadi ini memberikan mereka inspirasi bagi meniru 'rekaan' tersebut ke dalam bentuk bangunan. Setiap piramid yang dibina mempunyai bentuk asas yang sama. Tapaknya berbentuk segiempat sama dengan empat sisi berbentuk segitiga yang condong.

Namun orang Mesir juga mempunyai piramid mereka sendiri yang dipanggil  'mastaba'. Mastaba ini agak berbeza dari piramid sebenar yang mana binaannya lebih rendah ekoran bumbungnya yang rata, sesuai dengan makna namanya iaitu 'tempat duduk.'


Diperbuat daripada bata tanah liat pada mulanya sebelum digantikan dengan batu, bentuk mastaba tidak semestinya berbentuk segiempat sama. Kebiasaannya, panjang mastaba empat kali ganda lebarnya, dengan ketinggian mencecah 30 kaki.


Dek kerana mahu menunjukkan pengaruh agama serta kemahuan mahu membina bangunan yang lebih tinggi, bentuk piramid dipilih berdasarkan kestabilannya. Sisinya yang berbentuk segitiga membolehkan pengudaraan yang lebih baik.Air hujan lebih mudah mengalir ke bawah. 

Ketinggian yang berjaya dicapai menjadikan piramid sebagai mercu tanda serta penunjuk lokasi, bagi mereka yang tinggal atau datang ke situ.


Kini piramid telah menjadi bukti kebolehan manusia dalam membina struktur bangunan yang tinggi sebenarnya sudah mencapai satu tahap yang mengagumkan. Dan atas sebab inilah masih ramai yang percaya piramidbukanlah ciptaan manusia, tetapi sebenarnya dibina oleh makhluk asing yang datang lebih awal ke bumi berbanding kita. - Sumber

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.