Header Ads

Teman Lelaki Kena Tumbuk Sampai Patah Gigi Hanya Kerana Buang Batal Busuk Kekasih Berusia 20 Tahun


Adohaii admin nak gelak rasa kesian pulak.

Seorang lelaki berkongsi di facebooknya tentang pengalaman ditumbuk teman wanita lepas buang bantal busuk yang merupakan sehelai selimut. Difahamkan selimut tersebut telah pun berusia 20 tahun.


"Saya buang selimut teman wanita saya yang berusia 20 tahun sebab dia bawa benda tu pergi ke mana-mana. Dia siap beri nama pada selimut tu dan bercakap dengannya!"

"Ini memang teruk. Saya buat perkara ni untuk kebaikannya tapi dia tumbuk saya sampai gigi patah. Ya dia memang belajar seni mempertahankan diri," kata si teman lelaki.

Lelaki tersebut memberitahu lagi selepas kekasihnya tahu selimut tu dibuang, mangsa terus berlari kejar lori sampah sambil menagis untuk ambil balik selimut tersebut. Malah teman lelaki ni siap dapat warning lagi dari kekasihnya.

"Dia beri saya amaran kalau selimut itu tak dapat diselamatkan, bukan gigi saya je yang patah tapi ada benda lain yang akan patah lagi!"


Netizen yang membaca cerita ni rata-rata faham apa kepentingan bantal busuk ni. Ingat senang ke nak berpisah dengan bantal busuk ni.

"Kami faham yang awak tengah sakit, tapi kami tak simpati sebab awak memang cari pasal!" 

"Ini bermakna selimut tu lagi penting dari awak. Memang ada banyak lelaki dalam dunia ni tapi ada satu je selimut macam tu atas bumi ni,"

Haa jangan main-main dengan bantal busuk orang okay. Benda tu paling penting dalam dunia. Ni nasib baik patah gigi je.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.