Header Ads

'Sold Out Lah Sangat, Padahal Agent Kau Yang Borong Semua'


Semakin hari semakin ramai pulak muncul usahawan kosmetik ni. Iyalah jual barang nak bagi orang cantik memang masyuk lah kan. Sebab itu banyak sangat founder kosmetik ni jadi jutawan. Tapi mesti korang pelik kan, jual produk local je tapi macam mana mereka boleh kaut untung dengan mudah sampai boleh jadi kaya raya begitu.

Baru-baru ni admin ada baca satu tweet dekat twitter. Sorang gadis ni telah dedahkan macam mana founder kosmetik ni boleh jadi kaya tak sampai 2 malam. Haiihh senang betul buat duit!


Dari tweet tersebut dapat kita lihat yang sebenarnya produk kosmetik ini laris bukan pasal pengguna. Tapi agent yang merupakan pembeli utama untuk dijual kepada pengguna. Bukan itu sahaja, bila ada customer tanya soalan agent yang reply. Dah tu bukan terus jawab soalan tapi check dm , check dm , check dm.




Yang lagi pelik, apa-apa barang jual mesti nak kena promote dulu lepas tu mesti ada testimoni tapi produk ni testimoni tak ada pun tiba-tiba update post dah sold out! Siapa lagi yang beli kalau bukan agent kan??


Gadis ni juga ada memberitahu agent bagi produk ni di kerah habis habisan untuk melariskan produk. Tapi kebajikan agent langsung tak jaga. Kalau sale sendu terus kena kick!


Malah ada juga  seorang bekas agent ni memberitahu, niat asal dia join jadi agent sebab nak buktikan produk local juga bagus dan boleh dipasarkan dengan lebih meluas tapi malangnya agent dipergunakan oleh founder.





Oh macam tu rupanya. Haishh harap founder produk lain jangan lah guna teknik ni. Kalau nak kaut untuk sekali pun jagalah kabajikan agent janganlah takde sale terus nak kick!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.