Header Ads

'Saya tak mahu susahkan orang islam angkat ini bir'- Netizen Puji Sikap Aunty Cina Ni Hormat Orang Islam


Dekat media sosial kita selalu disajikan cerita pasal perkauman. Ada saja benda nak dijadikan isu. Padahal banyak lagi kisah yang kita tak tahu tentang hubungan baik masyarakat Malaysia walaupun berlainan bangsa.

Ni admin nak konsikan satu cerita menarik. Cerita ni pasal sorang aunty berbangsa Cina yang tak nak membayar barang yang dibeli, di kaunter yang dijaga seorang perempuan melayu sebab pakai tudung walaupun kaunter itu kosong.

Haa jangan nak kecam dulu, belum habis cerita lagi ni. Kisah ini dari  perkongsian seorang lelaki bernama Abd Halim Benloo Hj Omar, dan cerita ni dah viral pun.


Saja jalan Econsave hari ini, ada beli barang sedikit tapi bukan aku nak cerita pasal aku jalan-jalan di Econsave. Aku nak cerita pasal “aunty” ni sebenarnya.

Okay, masa beratur tadi aku ada terdengar aunty ni borak dengan suami dia. Macam nak menangis aku dengar, kau orang tahu apa perbualan dia?

Aku translate Melayu okay, dulu aku sekolah Cina sebab itulah aku faham perbualan mereka.

Suami: Hey nasib baik you beratur barisan ini

Aunty: Yalah, kita jangan buat orang susah.

Pening juga aku fikir apa yang buat orang susah, bayar sahaja kot, akhirnya aku dengar lagi perbualan dia.

Suami: Wa pun ingat tadi suruh you beratur sini. Sebab dari jauh I sudah nampak barisan sana semua amoi Melayu pakai tudung.

Akhir sekali aku tengok apa yang mereka beli. Rupanya dia orang ada beli bir, aku pun mulut gatal berborak dengan aunty tu.


Aku: Wah aunty sudah mahu raya beli banyak bir

Aunty: Yalah beli sekarang nanti tak susah ma

Aku: Kenapa tak bayar sebelah, sebelah sana kosong ma?

Aunty: Tak mahulah, itu amoi Melayu Islam, tak mahu susahkan orang Islam angkat Ini bir, tak elok ma, sini amoi India boleh angkat.

Aku: Okay I faham.

Lepas tu aku pun blah, dalam masa sama aku dok terfikir, Kenapa kat luar sana masih ramai yang ragu-ragu dengan bangsa ni padahal okey je.

Sorry Aunty, i curi gambar you senyap-senyap.

Terima kasih aunty kerana dah selamatkan gadis-gadis bertudung tu dari dilaknat oleh Allah.

Lepas je story ni viral, rata-rata netizen memberikan komen yang positif dekat tindakan aunty ni. See aunty ni pun tahu nak hormat orang islam.





Admin harap korang semua dapat buka mata lepas baca kisah ni. Kita boleh sebenarnya hidup dalam aman dan harmoni walaupun berlainan bangsa.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.