Header Ads

"Saya melihat sendiri pesawat bergerak seperti layang-layang"- Lelaki Dari Seberang Mengaku Nampak Pesawat MH370 Terhempas


Kita pernah digermparkan dengan berita kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac 2014 lalu. Pelbagai cara dilakukan bagi mengesan pesawat tersebut namun masih lagi tiada penyelesaian.

Tapi baru ni ada seorang lelaki yang mendakwa dia nampak pesawat MH370 terhempas dilaut. Lelaki yang dikenali sebagai Rosli memberitahu dia sanggup membuat akuan sumpah dengan Al-Quran.

Jelas Rosli, dia membuat akaun sumpah itu bagi membuktikan dakwaan yang diberikannya itu benar dan bukan rekaan semata-mata. Rosli diterbangkan khas dari Indonesia untuk mendedahkan perkara tersebut. Akuan sumpah telah dibuat pagi tadi di Lake View Club, Petaling Jaya


Menurut Rosli, dia yang berada di tempat kejadian pada 8 Mac 2014, telah menyaksikan sendiri pesawat itu rosak, ternampak asap hitam selain bau busuk asid dari pesawat terbabit.

"Saya melihat sendiri pesawat itu bergerak dari kiri ke kanan seperti layang-layang yang patah, tiada bunyi hanya asap hitam seperti berpunca daripada kebakaran sebelum terhempas ke dalam air."


Malah Rosli yang merupakan seorang nelayan berkata dia ada juga meninjau tapak lokasi insiden tersebut, namun tidak menjumpai apa-apa.

"Namun saya hampa kerana selama dua hari meninjau perkembangannya, tiada apa-apa yang timbul dari laut, tiada serpihan, hanya asap hitam dan bau busuk asid."


Bagaimanapun, katanya dia berjaya merakam kejadian pesawat tersebut bersama bacaan sistem pengesanan global (GPS) termasuklah badan atau bayangan pesawat yang tenggelam di dalam lautan.

Data GPS tersebut telah diserahkan kepada Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Dr Jacob George, sebelum Dr Jacob akan menyerahkannya kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed untuk tindakan selanjutnya.

Diharapkan misteri kehilangan MH370 menemui jawapan. Keluarga dan waris mangsa sudah pasti ingin tahu apa yang sebenarnya telah berlaku.


Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.