Header Ads

'Sampai 2 kali admin page padam post'- Page Israel Diserang Bawang Rangers Malaysia


Kecaman dari geng bawang memang tak boleh di bawak bincang sampaikan page 'An Eye Into Israel' terpaksa padam post sampai dua kali.

Difahamkan posting page tersebut berkaitan dengan langkah negara ini tidak mengendahkan permohonan visa kepada atlet paralimpik Israel untuk bertanding pada Kejohanan Renang Paralimpik Sedunia yang dijadual diadakan di Kuching, Julai nanti. - lapor hmetro


Tak lama selepas itu, post tersebut diserang netizen dari negara ini, lantas page berkenaan terpaksa mengambil tindakan membuang post terbabit. 

Walaupun sudah diserang, admin page tersebut telah memuat naik semula posting yang sama sambil menerangkan yang dia terpaksa memadam post terdahulu yang dipenuhi komen mengeji Israel.

Bukan itu sahaja, page tersebut juga memaklumkan yang mereka terpaksa menyekat begitu ramai netizen dalam satu hari  dan memberi amaaran akan terus menyekat komen yang mengutuk Israel.

Tapi malang sekali, posting yang kedua juga terpaksa dipadamkan kerana mereka sekali lagi diserang netizen Malaysia. Haishh handal betul geng bawang ni.

Dan akhirnya kali ketiga post lagi sekali mereka seakan pasrah dikecam netizen.


Salah satu komen pedas yang menarik perhatian admin ialah 'kami memang tidak membenarkan rakyat dari negara pengganas datang ke Malaysia’


Haa jangan main-main dengan geng bawang ni. Tahap membawang dia orang ni level international sangat ni.  bagi korang yang nak baca komen-komen netizen boleh terus ke page tersebut.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.