Header Ads

Pengunjung Masih Mandi Di Tepi Pantai Walaupun Dah Letak Bendera Merah


Diakhir tahun 2018 kita digemparkan dengan tragedi tiga beradik yang mati lemas ditelan ombak ketika di Pantai Sura, Dungun.Walaupun tragedi tersebut menjadi perbualan hangat di media sosial tapi masih ada yang tidak endah dengan apa yang dah terjadi.

Dari Twitter Berita Harian, ternyata masih ada yang ingkar arahan walaupun bendera merah tanda amaran telah diletakkan. Wartawan akhbar telah meninjau dekat Pantai Kempadang, Kuantan.


Apa yang membimbangkan, pengunjung disitu seperti buat tak endah pada amaran benda merah yang menunjukkan larangan mandi di laut sebab ombak besar dan laut bergelora.

"Jangan buat main ombak macam ni. Sekali dia tarik, berguling kau dalam tu tak dapat buat apa"

Tweet tersebut telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata ‘geleng kepala’ tengok sikap sesetengah pengunjung yang macam tak faham bahasa dengan amaran yang dinyatakan. Jangan sampai dah terkena baru nak menyesal nanti!


Tapi ada logik jugaklah bila ada netizen cakap yang orang tempatan selalunya alert dengan situasi macam ni. Cuma orang luar je yang tak tahu benda-benda macam ni kan?


Ada yang berkata, salah satu sebab mungkin pengunjung masih mandi kat laut walaupun dah naikkan tanda amaran ialah amaran yang dikeluarkan tak jelas serta pengunjung tak faham dengan tanda bendera merah tu.


Bagi korang yang nak bercuti tu kalau boleh buat masa sekarang ni elakkan berada di tepi pantai. Kalau nampak ombak besar, bergelora macam tu jangan gatal kaki nak pergi sana. Kita sebaiknya berhati-hati dari sebarang kejadian buruk berlaku.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.