Header Ads

Pekerja Selalu Histeria, Rupanya Ada Yang Letak 'Barang' Dalam Almari


Walaupun dah masuk tahun 2019, namun masih ada lagi yang mengunakan sihir demi memenuhi keinginan hati. Biarpun terpaksa menggadaikan diri, menjadi hamba kepada jin dan syaitan, asalkan hati mereka puas.

Satu posting di facebook dari Puan Norazlina menceritakan betapa sakit dan tersekanya keluarganya d‘dihukum’ tanpa mengetahui dimana salahnya sebaik sahaja menjumpai tangkal berupa kain dengan tulisan seperti tulisan jawi di celah almari makanan di restoran miliknya.



Percayalah pada Allah swt. Setiap rezeki yang kita dapat semuanya dari Allah bukan dari jin syaitan iblis.  Kenapa kita nak berdengki? Nak sekat rezeki orang? Tak payah nak pakai pelaris semua.  Masak bagi sedap, InsyaAllah ramai yang datang.

Yakin dengan apa kita ada.  Demi Allah sepanjang saya berniaga saya tak pernah nak sihir orang, tak pernah fikir nak dengki rezeki orang.

Kami selalu dapat sakit. Budak kerja bertukar.  Ada yang histeria, merata berubat sampai ke Kedah.  Boleh fikir tak malam-malam kulit saya jadi gatal macam dalam gambar tu.



Tak boleh tidur.  Sakit kepala.  Bila sakit pakat sakit ramai-ramai.  Budak kerja masuk kedai tiba-tiba histeria.

Apa semua ni? Dah banyak kali jadi mcm ni.  Rasa macam putus asa.  Tapi ikhtiar juga nak bersih dari semua ini.  Tolongla jangan buat benda syirik ni lagi.  Tak takut mati ka?
Tak ada pegangan agama ka orang yang buat ni?  Allah tuhan kita bukan jin syaitan tok bomoh bagai. 

Dari dulu saya bersabar nak post benda ni.  Tapi kali ni saya cuba buka mata orang Islam supaya yakinlah dengan rezeki Allah.  Jangan main dengan benda syirik ni.

Doakan Dapur Utara selamat dari gangguan macam ni. Untuk terus bertahan di bumi puchong memberi perkhidmatan makanan utara di sini.  Wasalam.

Rata-rata netizen berasa simpati atas apa yang menimpa puan ni. Ada yang siap suruh hantar balik benda tu dekat tuan dia.


Dah macam jadi satu kebiasaan pulak asal orang berniaga je mesti kena aktiviti sihir ni. Kalau buat orang  tu memang niat dia nak bagi mati terus baru nak puas hati. Diharapkan kita semua dijauhilah dari benda macam ni.Amin

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.