Header Ads

Maut Ditik4m Rakan Sebilik Gara-gara Buka Muzik Terlalu Kuat


Dilaporkan pada 12 Jan lalu pihak polis menerima panggilan kecemasan tentang seorang lelaki maut ditik4m rakan sebilik di asrama pekerja sekitar Guangdong, China.

Ketika polis tiba di tempat kejadian, suspek berusia 31 tahun bernama Chen yang didapati telah menik4m mangsa, Li, 29, yang dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan parah. Malangnya, mangsa disahkan meninggal dunia pada malam kejadian.


Sebelum kejadian berlaku, siasatan mendapati pada awalnya mereka bertengkar kerana mangsa yang pada ketika itu sedang memasang muzik pada volume yang kuat. Chen yang ketika itu tidak dapat mengawal marah terus mengambil pisau dan menik4m mangsa.

Senjata yang digunakan suspek telah tersebar di media sosial negara itu, begitu juga dengan kesan darah di lantai asrama itu turut kelihatan dalam gambar tersebut.


Rata-rata netizen yang melihat berita ini turut memberi amaran kepada orang ramai terutamanya golongan bujang yang tinggal di rumah sewa agar tidak melakukan kesilapan sama. Jika tidak, berkemungkinan rakan serumah mereka turut bertindak agresif seperti itu.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.