Header Ads

Mas Mohon Maaf, Rupanya Itu Bukan Gambar Daging Babi Tapi..


BABI. Satu perkataan yang amat sensitif bagi umat islam. Lagi-lagi makanan yang berunsurkan babi ini adalah haram bagi umat Islam dan isu ini amat sensitif jika disebut di media sosial.

Menurut Sinar Harian, seorang individu telah memuat naik rasa kesalnya apabila majalah Going Places dari MAS telah mempromosikan makanan berunsur daging babi di atas flight mereka.


Malah isu ini juga telah mendapat perhatian ramai terutamanya pihak NGO seperti Persatuan Tunas Usahawan Terengganu (PATUT) iaitu presidennya, Mohd Ridzuan Shaari yang berharap perkara seperti ini tak patut berulang sama sekali.


"Kejadian yang disifatkan sangat memalukan itu tidak patut berulang terutamanya ketika Malaysia menjadi rujukan kebanyakan dunia khususnya negara-negara Islam dalam soal pembangunan produk makanan halal."

"Banyak lagi produk makanan Malaysia yang boleh diuar-uarkan kepada pelancong luar, kenapa daging babi?"

Susulan dari isu tersebut pihak Mas telah memuat naik pemohonan maaf di Twitter dan menjelaskan hal sebenar berkaitan makanan di dalam majalah Going Places tersebut. Difahamkan daging di dalam gambar tersebut bukanlah daging babi tapi rupanya daging wagyu.


Meskipun gambar dalam majalah itu bukan daging babi tapi kalau kita lihat, gambar itu menerangkan tentang sebuah bar yang memang specialize dalam menyediakan hidangan yang dinamakan iberico pork (daging babi iberico).


Ramai sebenarnya di kalangan netizen yang tak bersetuju tindakan lelaki sebelum ini yang meminta MAS memohon maaf disebabkan isu majalah Going Places tersebut. Ada juga yang memberitahu sepatutnya lelaki terbabit tidak perlu takut atau terlalu sensitif dengan unsur seperti babi atau salib yang terpampang di media.


Hmm apa pendapat korang? Betul ke orang Melayu ni cepat triggered?

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.