Header Ads

"Mak dah siap masak nasi sambal telur"- Ini Masakan Terakhir Mak Sebelum Pergi


Kehilangan orang paling kita sayang akan meninggalkan kesedihan memdalam dalam hidup kita. Lebih pilu bila kita terima berita tersebut dalam keadaan kita masih belum bersedia.

Satu luahan sayu dari Abdul Rahman tentang awrah ibunya telah menyentuh hati ramai pihak. Menurut satu sumber, arwah ibunya pergi secara tiba-tiba hanya kerana pengsan. Lebih memilukan ibunya sempat masak nasi lemak sambal telur buat anak-anak.

"Mak dah masak nasi lemak dengan sambal telur.. dalam pkul 11 dapat panggilan yang mak dah tak der.. so aku pon balik lah ke bp dari kl.. smpai bp dalam pkol 1 lebih gitu lah.. time tu jenazah kat hospital bp.. untuk di mandi dan di kapan kan..

Petang dalam pukul 3 jenazah mak di bawak ke rumah untuk di lihat buat kali terakhir.. time bukak ikatan kain kafan aku nampak yang dalam bungkusan tu adalah mak aku.. aku tak dapat nak tahan air mata yang tersangat lah sedih…

Lepas tu sembayang kan kat surau dan di kebumi kan.. setel semua sebelum maghrib macam tulah.. kat rumah mak rasa lapar pulak.. bukak tudung saji ada nasi lemak dengan sambal telur.. aku tahu ni masakan terakhir mak.. aku cedok dan bahagi sorang sikit adik-beradik..


Suapan pertama tu.. ya allah.. aku rasa lain sangat masakan tu.. aku makan sambil menangis.. tapi aku abis kan jugak nasi lemak tu.. sebab tu masakan terakhir mak.. dan aku tak kan dapat rasanya lagi.. setahun sudah berlalu.. kenangan bersama mak hidup dalam ingatan..

Mak jujur aku rindu, mak halalkan makan minum aku.. mak ampun kan dosa aku kat mak.. mak terima kasih besar kan aku.. mak terima kasih lahir kan aku.."


Berkaca mata admin baca kisah ni. Si ibu seakan mengerti, masakan terakhirnya ini disiapkan untuk dijamah anak-anak yang ‘pulang’ nanti. Buat allahyarham ibunya, Sariah Binti Fatah, semoga ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.