Header Ads

Lumpuh Separuh Badan Lepas Terkena Jangkitan Dari Kucing Liar


Bagi pecinta kucing mesti korang rasa geramkan kalau jumpa kucing comel. Tapi hati-hati nak pegang kucing tu. Takot jadi macam seorang wanita ni.

Gemma 24 tahun lumpuh separuh badan selepas terkena jangkitan bakteria daripada kucing liar ketika bercuti di Portugal -lapor Mirror Uk


Gemma memberitahu memberitahu dia bertemu kucing liar itu ketika mendiami salah sebuah resort di Albufeira, Portugal. Namun dia tak sangka yang haiwan tersebut membawa kesan yang berbahaya.

Pada awalnya dia menjadi lemah dan muntah-muntah pada hari akhir percutiannya. Walau bagaimanapun dia dikejarkan ke hospital berdekatan dan doktor mendiagnosis najis kucing tersebut mengandungi bakteria campylobacter yang biasa dijumpai dalam ayam mentah.

Ingatkan semuanya berakhir lepas dapat rawatan tapi baru seminggu keluar hospital, Gemma kembali semula ke hospital sejurus mengadu berasa kebas di kaki. Lepas pemeriksaan dilakukan doktor mengesahkan dia telah dijangkiti penyakit Guillain-Barre dimana keadaan yang menyebabkan sistem imun badannya menyerang sistem sarafnya sendiri.


"Saya terpaksa bergantung harap sepenuhnya kepada jururawat untuk membawa saya ke toilet dan membersihkan.  Saya hilang kawalan ke atas usus dan pundi kencing serta tak dapat gunakan tangan kerana sangat lemah."

Gemma memberitahu dia harus mendapatkan rawatan selama 4 bulan di hopital dan hanya akan kembali berjalan  seperti sedia kala selepas 14 bulan. Dia juga berkata kejadian ni telah membuatkan dia takot untuk dekat dan pegang kucing liar lagi.

"Sebanyak mana pun saya sukakan kucing, saya tidak boleh sentuh kucing liar lagi"


Adoii teruknya sampai tak boleh berjalan. Korang yang suka kucing tu jangan nak main pegang je kucing tau. Takot nanti kita terkena kuman dari kucing tu pulak.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.