Header Ads

Lagu Ini Dikaitkan Dengan Gangguan Mistik, Siapa Yang Mendengar Pasti Akan Bu nuh Diri


Mesti korang pernah dengar ada setengah lagu yang membawa kepada kisah misteri. Contohnya lagu berjudul Menanti Kasih yang dialunkan oleh penyanyi Indonesia Alda Risma, dikatakan penyanyi lagu Aku Tak Biasa ini telah mati 7 hari, tapi lagu itu baru sahaja dirakamkan dalam masa 3 hari.

Kaau nak tahu masih ada satu lagu ni masih menjadi misteri. Lagu dari Hungary berjudul Gloomy Sunday. Kisah lagu ini seakan-akan lagu Menanti Kekasih cuma lagu ini boleh mendorong pendengar bu nuh diri? Jom baca kisah perkongsian dari Naufal Antezem ini.


Pada mulanya lagu Gloomy Sunday diberi tajuk Vége a Világnak yg bermaksud The World Is Ending. Lirik ditulis oleh Laszlo Javor dan lagu digubah oleh komposer Hungary, Reszo Seress (gambar). Lagu ini dicipta pada tahun 1933.


Lagu ini ditulis kerana kecewa dengan bekas tunangnya, ada juga yang khabar angin mengatakan ia ditulis selepas kematian bekas tunangnya.


Stesen BBC pernah menyekat lagu ini, berikutan ramai orang bu nuh diri dan menggunakan keratan lirik lagu ini sebagai ‘pesanan’ terakhir.


Namun ada juga yang mengatakan bahawa lagu ini tiada kaitan dengan diri komposer asal, ia sebenarnya dicipta secara kebetulan kerana pada waktu itu Hungary mempunyai rekod kadar kes bu nuh diri yang tinggi.


Bagi korang yang nak dengar lagu ni boleh terus google atau pergi ke twitter naufal sendiri dekat sini.


Hmm adamin kalau benda mistik macam ni no komen lah sebabnya benda macam ni ada misteri dia sendiri yang tak dapat kita nak rungkai. Mungkin kesemua kejadian tu hanya kebetulan.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.