Header Ads

Lagi Kes Budak Terja tuh Dari Stoller Ketika Naik Eskalator


Jadi ibu bapa tidaklah semudah yang disangka. Bermacam-macam tanggungjawab yang perlu diambil untuk pastikan anak yang dijaga dalam keadaan selamat dan happy. Tapi bila ada yang buat salah sikit kat tempat public mulalah geng bawang nak salahkan parents tak reti jaga anak.

Dilaporkan kejadian berlaku di Kenanga Wholesale City (KWC) dimana pada ketika itu parents ni bawa anak yang naik stroller ni turun eskalator. Entah macam mana, budak tu tergelincir pulak. Dan ramai yang menyalahkan parents ni sebab tak guna lift. Nak guna macam mana kalau yang sihat pon nak guna lift.


Bila kejadian ni viral di twitter muncul lah satu tweet ni menuduh parents terbabit PEMALAS nak tunggu lif. Kalau parents tersebut tunggu, mungkin ada yang nak bagi ruang mereka masuk ke dalam. Katanya first come first serve!


Ramai yang tidak bersetuju dengan tweet diatas. Mungkin dia tidak ada xperience bawa stroller ke mall agaknya. Dia tak tahu betapa stress parents yang menghadapi situasi tersebut.


Dalam kejadian ni kita boleh nampak yang eskalator memang tidak sesuai digunakan bagi mereka yang bawa stroller dan dalam masa yang sama tolonglah bagi ruang pada parents yang bawa stroller dengan mereka yang berkerusi roda untuk guna lift. Korang yang sihat tu naik jelah eskalator tak yah pemalas sangat nak naik lift!

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.