Header Ads

'Kiri kanan atas bawah berteriak!'-Diserang Tikus Semasa Tengok Wayang Di KK


Biasa kalau tengok wayang selalu ada isu pasal orang je. Yelah ada yang berborak time movie lah. Ada tu berketawa sampai tendang kerusi. Tapi macam mana kalau korang tengah syok tengok wayang sekali ada tikus berkeliaran atas kerusi? Atas kerusi okay bukan lalu celah kaki!

Benda ni dikatakan terjadi dekat Growball Cinema di Kota Kinabalu, Sabah. Perkongsian dari Hyim ni telah viral sehingga mendapat 4908 share selepas dimuat naik. Tikus dalam video tersebut kita dapat lihat dia siap naik atas kerusi dan menyentuh minuman yang ada di situ.

 

"Tikus apa ni mau dihalau pun tidak mau lari. Growball cinema hall 8. Hati2 nanti makanan dan minuman kamu kena rompak tikus.Tikus ni sangat bahaya.. Banyak penyakit yg dia bawa boleh maut.

Unit kesihatan DBKK ada bidang kuasa kah sini. Bahaya ni.

Nanti esok saya datang claim makanan dan minuman sya kena serang tikus. Jgan tak bayar ahh, sya cangak kalau tidak bayar.

Sepanjang 2 jam show.. 3x tikus menyerang. Pukul pun balik juga. Lagi satu, busuk nya pawagam ni. Jaga kebersihan bah.

Manalah selesa kalau bau macam mop lantai yg kena biar tidak kena kasi kering. Bau lembap."

Jadi bila video ni dah viral ada netizen yang tanya mungkin tikus tu tersesat, tapi jawapan yang diberikan Hyim akan buat korang berfikir 2 kali.


Hyim ada juga berkata yang dia cuba positif, pada dia 'oh mungkin ada sekor je kot tikus' tapi itu sama sekali TIDAK! Rupanya penonton lain pun mengalami situasi yang sama. Siap menjerit lagi siapa yang tak takot kan..


Diharapkan pihak panggung berkenaan ambil serius dengan isu ni. Bukan sekor tapi satu hall tu kena serang tikus haa! Korang yang nak tengok movie tu pastikan pilih panggung yang bersih, nanti tak memasal ada yang kongsi makanan.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.