Header Ads

Kaum Maya Mula Meramal 2019 Tahun Kehancuran Dunia


Kita pernah dimomokkan dengan ramalan kaum maya yang kononnya 2012 merupakan hari kiamat. Tapi ramalan mereka sama sekali tidak betul dan dunia masih lagi berjalan seperti biasa selama 7 tahun. Kini muncul kembali ramalan kaun maya yang mendakwa 2019 dunia akan hancur.


Dipetik dari Mstar. David Montaigne seorang ahli teori, telah meramalkan 21 Disember tahun ini akan terjadinya kehancuran dunia. Jelasnya lagi, tarikh tersebut akan  menjadi permulaan kepada kitaran tujuh tahun pengakhiran dunia atau dalam islam kita panggil hari kiamat. 

"Asas kepada pengakhiran ini bertitik tolak daripada banyak sumber kuno yang memberi amaran mengenai hal ini."

"Ia sudah memberi amaran terperinci mengenai pengakhiran dunia khususnya menerusi buku, mitos dan monumen."


Malah David juga mendakwa selain kaum Maya, orang Mesir juga telah memberikan petunjuk mengenai pengakhiran dunia.

"Petunjuk paling nyata adalah dari segi astronomi. Mereka memberi bayangan bagaimana keadaan langit apabila dunia berakhir. Kini kita ada perisian astronomi moden, mudah untuk kita cari petunjuk,"


Ternyata ramalan David ini bagaikan angin lalu sahaja. Rata-rata netizen tidak  mempercayai David kerana ramalan dia sebelum ini salah.

Pada 2016, David pernah membuat ramalan tentang kedatangan anti-christ. Namun ramalan tersebut sama sekali tidak benar.

Bagi orang islam, tanda kiamat sudah mula kelihatan tapi bila dan dimana ia bermula semuanya rahsia Allah. Kita sebagai umat islam seharusnya tingkatkan ibadah dan mohon agar dilindungi dari fitnah dajjal.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.