Header Ads

'Kadang tu tak sedar yang kita ni sebenarnya stres teruk sampai tahap depression'- Jom Uji Tahap Stress Melalui Online


Sekarang ni banyak betul kita baca kes depresi di Malaysia. Terbaru kes ustazah hilang. Ustazah tu berada dalam keadaan stress disorder sampai dia tak sedar yang dia dah jalan kaki jauh dari rumah.

Menurut MyHealth, stres ini sebenarnya adalah sesuatu yang perlu dikekalkan pada tahap sederhana kerana ia akan meningkatkan motivasi dan perkembangan hidup seseorang. Jika terlalu rendah, seseorang mungkin kurang motivasi dan kurang tumpuan kepada kerja. Tapi jika ia berada di peringkat tinggi, seseorang akan mengalami tekanan emosi yang negatif.

Ramai tahu tanda-tanda stres seperti kerap jatuh sakit, cepat letih, kurang selera makan, perasaan yang negatif, dan sebagainya.

Tapi, macam mana kita nak tahu tahap stres yang kita sedang alami?

Korang boleh menjalani Ujian Saringan Kesihatan Mental atau Depression Anxiety Stress Scale (DASS) yang disediakan oleh Public Health Malaysia secara online.


Dengan ujian saringan ini,  kita akan dapat ketahui status kesihatan kita sama ada benda di tahap stres, risau, atau depresi.

Berikut adalah link untuk ujian tersebut:


Cara dia mudah je, korang jawab soalan yang diberikan dan tekan 'countinue' . Ada juga beberapa butiran perlu diisi selepas itu seperti umur dan email. Ikut sahaja arahan soalan tersebut sampai korang diberikan keputusan hasil ujian tu.


Sekirangnya hasil keputusan tidak normal jangan cemas. Ikut sahaja arahan yang diberikan dengan print keputusan tersebut dan dibawa ke mana-mana klinik kesihatan (KK) berdekatan untuk pengesahan diagnosa dan intervensi atau rawatan.


Admin dah cuba dan nampaknya keputusan okay je. Jadi korang tunggu apa lagi jom lah cuba.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.