Header Ads

Israel Tawar RM412 Juta Kepada Lelaki Ini, Namun Ditolak Kerana..


Dipetik dari Middle East Monitor, seorang rakyat Palestin yang bernama Abdul Raouf Al-Mohtaseb yang tinggal di Kota Hebron telah menolak tawaran Israel untuk membeli rumah dan kedainya dengan harga RM412 juta.


Jelas Abdul Raouf, dia juga telah menolak semua tawaran yang sebelum ini buat oleh pihak Israel. Bagi dia menerima tawaran tersebut sama seperti dia menjual tanah airnya sendiri.

"Saya akan menolak semua duit dalam dunia ini. Saya tidak akan mengkhianati tanah ataupun bangsa saya sendiri. Duit adalah bagus, tapi sekiranya jika ia diperolehi dengan cara yang betul,"


Menerusi laporan TV Al-Mayadeen, Abdul Raouf memberitahu tawaran pertama yang di terima ialah AS$6juta(RM25 Juta) namun ditolak. Selepas itu tawaran meningkat menjadi AS$40juta(RM165 Juta) dan akhir sekali AS$100juta(RM412juta)

Korang boleh lihat sesi temuramah Abdul Raouf disini:


Lihatlah walaupun ditawrkan harga yang cukup banyak tapi Abdul Raouf masih tetap dengan pendiriannya tidak menjual tanah airnya pada Israel.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.