Header Ads

Ia sepatutnya menjadi memori indah, tapi sebaliknya yang berlaku'- Lagi Kes Kena Tipu Dengan Wedding Planner. Kali Lagi teruk Siap Dapat Kek Palsu!


Setiap pasangan yang bercinta sudah semestinya mengimpikan majlis perkahwinan yang serba indah. Yelah berkahwin hanya sekali je. Mestilah kita rancang untuk jadi hari yang terbaik dalam hidup.

Tapi tak semua yang kita rancang menjadi. Biar pun kita dah upah wedding planner bayar beribu, tetapi masih wujud orang suka mendajal pengantin.

Inilah yang telah berlaku kepada pasangan pengantin dari Filipina baru-baru ini. Jhon Chen(40 tahun) dan pasangannya Shine Tamayo(26 tahun) tidak menjangka hari bahagia mereka bertukar kepada hari paling memalukan dalam hidup. 


Menurut dailymail, pasangan ini telah membelanjakan kira-kira 140 ribu peso (RM11,000) kepada perancang majlis. Bayaran itu termasuk makanan dan dekorasi majlis yang berlangsung di hotel Bandar Pasig.

Menurut pasangan pengatin tersebut, kejadian memalukan ini bermula setelah selesai upacara di gereja. Setibanya di hotel, pasangan tersebut mendapati tiada langsung makanan disediakan buat tetamu. Langsung tiada makanan sampaikan pengantin sendiri pergi cari restoran berdekatan untuk beli mee, nasi, lauk dan air untuk dihidangkan pada tetamu.




So part makan dan selesai jadi atur cara majlis diteruskan dengan sesi potong kek. Mujur kek kahwin ada tapi malangnya kek yang dua tingkat itu tak dapat dipotong sampai ke bawah. Rupanya atas dia sahaja kek tapi dekat bawah hanyalah kek polisterin yang disalut dengan aising. Aduii memang taik betul.



Pengantin perempuan masa tu dah menagis dah. Iyalah majlis kahwin yang diimpiankan menjadi hari paling memalakan dalam hidup.

"Saya tidak pernah berasa sangat malu seperti ini seumur hidup saya. Ia sepatutnya menjadi memori indah, tapi sebaliknya yang berlaku."


Tetamu yang hadir lihat Shine tidak tentu arah lalu membuat keputusan untuk membawa Shine ke balai polis untuk buat report. Shine siap bawak kek sekali ke balai polis sebagai bukti di tipu.

"Dia penipu. Dia selalu meminta wang dan saya sentiasa memberikan apa yang dia perlukan kerana saya mahu majlis perkahwinan saya sempurna."

"Saya tidak akan terima permohonan maaf daripadanya, ia tidak mencukupi. Dia patut dipenjarakan."

"Hanya kek di bahagian atas yang boleh dimakan."


Pegawai polis Pasig City telah memaklumkan, wedding planner itu Krissa Cananea telah ditangkap kerana disyaki melakukan penipuan. Portal tempatan memberitahu kes tersebut dalam siasatan dan pengantin perempuan kelihatan sangat tertekan.

"Kami mengesahkan bahawa sejumlah besar wang telah dibayar untuk perkhidmatan yang tidak dilaksanakan dengan sewajarnya."

"Pembekal, Cik Krissa Cananea, telah disoal siasat dan kami berhasrat untuk membawa kes itu ke mahkamah."

Ishh geram betul admin. Mungkin wedding planner ni memang jenis penipu sampai kek pun diboleh bagi polisterin. Harap biar dia kena hukuman setimpal.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.