Header Ads

First Time Dalam Sejarah Gelaran Dewi Remaja Ditarik Lepas 72 Jam


Pergh ini yang pertama dalam sejarah gelaran dewi remaja ditarik semula. Lepas je viral video Haneesya di kelab malam pihak penganjur telah membuat keputusan untuk menarik balik gelaran Dewi Remaja 2018/2019 daripada Haneesya Hanee, lapor Remaja.

Difahamkan, pengumuman penarikan ni telah dilakukan oleh pihak NU Ideaktiv selaku pemilik jenama Dewi Remaja sebentar tadi. Sidang media ini jugak boleh ditonton live di page Facebook Remaja.


Faiz Aimman, Editor Majalah Remaja memberitahu penarikkan gelaran tersebut dah dibuat lepas pihak pengurusan melakukan siasatan mendalam dan mendapati Haneesya telah melanggar syarat penyertaan.


"Sebagai pemilik dan penganjur, kami menzahirkan rasa sedih atas apa yang telah terjadi."

"Namun pada masa yang sama, para peserta Dewi Remaja sudah sedia maklum akan syarat penyertaan seperti yang telah dinyatakan di dalam kontrak yang mereka tanda tangani di mana mereka tidak boleh mempamerkan perlakuan tidak senonoh di khalayak ramai"

Kalau nak tahu bukan Haneesya je yang ada dalam video tu tapi Ernisha dan Fazreen pun ada sama tau. Malah lebih mengejutkan, imej hijabista Ernisha tu dah puff ‘hilang’.

Jadi peserta Ernisha dan Fazreen juga tidak boleh lagi menggunakan gelaran ‘Finalis Dewi Remaja’ bagi sebarang aktiviti seni mereka pada masa akan datang.



Dengan penarikan gelaran bagi tahun ni, ini bermakna tiada lagi Dewi Remaja 2018/2019 dan Tia Sarah kekal di tempat kedua bagi pertandingan ini. Dia bersama-sama Aween Ismail, Arena Iman dan lain-lain akan bawa nama Dewi Remaja bagi sebarang aktiviti diadakan nanti.

Haneesya menjawab isu yang berlaku dan mengaku berasa kesal dengan apa yang berlaku dan meminta netizen henti menyalahkan ibunya yang menjadi tulang belakang dalam kerjayanya selama ini.


"Semua perkara yang berlaku adalah di bawah tanggungjawab Hanee. Hanee akui tiada manusia yang sempurna. Dan ketidaksempurnaan ini akan dipikul oleh Hanee. Hanee meminta diberi peluang kedua."

"Hanee ambil ini sebagai pengajaran terbesar. Tolong jangan nilai peribadi Hanee atau membuat perbandingan kesilapan dengan bakat sedia ada,"

Netizen yang mengikut perkembangan isu ini memberi pelbagai reaksi. Ada yang menyokong,mengecam dan ada juga yang anggap ini satu pengajaran besar buat mana-mana peserta di masa hadapan.



Diharapkan perkara seperti ini tak berulang lagi. Dan buat Haneesya, semoga tabah hadapi ujian ini dan ambil iktibar apa yang dah terjadi.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.