Header Ads

"Dia selalu post gambar yang sama, jadi saya ingat itu diri dia yang sebenar"


Mesti ada di kalangan korang yang pernah bercinta melalui media sosial kan. Tapi apa perasaan korang bila first time jumpa tengok muka lain dari gambar facebook? Mesti rasa seperti di tipu kan.

Insiden malang ini terjadi pada seorang gadis yang bernama Anah Syakila dari Banten, Indonesia. Syakila memberitahu dia berkenalan dengan seorang lelaki tampan dari Tulungagung yang dikenali sebagai Rian dari laman Facebook sejak September tahun lalu. Namun semuanya bertukar mimpi nge ri bila mendapati rupa paras lelaki berkenaan sama sekali berbeza dari apa yang digambarkan.

"Kali pertama melihat gambar Rian, saya terus jatuh cinta kerana dia tampan. Rian juga sering memuat naik gambarnya di Facebook menyebabkan saya yakin dia adalah individu sebenar."- jelas Syakila


Malah menurut Syakila sepanjang bercinta, Rian selalu memintanya datang ke Tulungagung tetapi Syakila menolak kerana mahu lelaki itu sendiri datang ke Banten. Tapi baru-baru ini Rian memberitahu dia jatuh sakit dan Syakila berasa bimbang mengambil keputusan untuk datang ke Tulungagung.

Kalau nak tahu jarak dari Banten ke Tulungagung kira-kira 860 kilometer dan dianggarkan perjalanan menaiki kereta mengambil masa selama 17 jam. Bila sampai di Tulungagung, Syakila berasa terkejut apabila melihat lelaki yang datang bertemunya memiliki wajah yang jauh berbeza daripada Rian di Facebook.


Lantas Syakila membuat laporan polis kerana rasa ditipu. Hasil siatan polis mendapati Facebook Rian adalah palsu dan nama sebenar lelaki berkenaan yang menyamar adalah Sugeng.


"Selepas disoal siasat, Sugeng mengaku menggunakan foto lelaki lain untuk berkenalan dengan Syakila. Remaja itu juga dikatakan setuju membayar semua kos pengangkutan dan penginapan Syakila di sini."

Haa siapa yang belum bertemu jodoh tu hati-hati. Jangan sampai tertipu macam Syakila ni. Elok cari jodoh depan-depan je dari cari di laman sosial ni.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.