Header Ads

Dari RPG Terus Ke Jinjang Pelamin, Gamer Pro Terbang Ke Filipina Untuk Kahwini Gadis Pilihan Hati


Wahh jodoh ini betul-betul rahsia Allah. Siapa sangka hobi melayan game boleh jumpa jodoh pulak dekat situ. Baru ni viral di facebook pasangan muda dikatakan bertemu jodoh melalui RPG online.

Samra yang berasal daripada Filipina hanya bekerja sebagai pembantu domestik di Arab Saudi dan gemar bermain RPG online pada masa lapang. Dia yang baru berusia 23 tahun tak sangka pertemuan dengan suami, Triston Wallin, 21, berakhir dengan perkahwinan.-lapor Mstar


Diawal perkenalan mereka hanya berbual dan berhubung melalui video call. Kemudian hubungan mereka menjadi semakin mesra apabila Triston dari US ni merupakan seorang ‘gamer profesional’ dan sering beri Samra wang dan hadiah yang ‘rare’.


Menurut Samra, Triston satu masa dulu pernah melamarnya lepas mereka kenal dalam tempoh tertentu. Tapi dia pulak menolak sebab masih belum bersedia.

Namun pada hari kelahiran Triston iaitu September lepas, Samra beri hadiah yang paling manis apabila dia menerima lamaran lelaki tersebut.

Untuk membuktikan cintanya kepada Samra,Triston sanggup terbang dari US dan Samra dari Arab Saudi ke Filipina untuk bertemu buat pertama kali.


Triston mengambil langkah besar dalam hidupnya lepas dia memutuskan untuk mengahwini Samra dan memeluk agama Islam yang dianuti kekasihnya. Pasangan ni kemudiannya berkahwin pada Disember lalu di Filipina.

Mereka mengadakan 2 majlis perkahwinan berbeza iaitu perkahwinan Muslim tradisional dan cara Barat. Triston kini merancang untuk bawa Samra tinggal di US dan akan bantu isterinya dapatkan warganegara US.

Saksikan kisah cinta mereka yang ditemu ramah oleh media tempatan.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.